Monday, September 24, 2012

Apa kes?

Tengoklah rambut murid Tahun 1 ni. Gara-gara dipotong oleh ibunya malam tadi, berlekak-lekuk rupanya. Dek kesian melihatkan keadaan rambut anak ini, guru-guru pun membawanya ke kedai gunting rambut. Barulah hensem...

Sunday, September 23, 2012

Ops cabut selumbar

Kesian yang amat sangat semasa membantu cikgu Roszila dan Pn. Asnah mengeluarkan selumbar dalam kuku seorang murid; Mohd Khalif (5 Intelek) Khamis lepas. Meski menahan kesakitan sehingga menitiskan airmata, Khalif sangat cekal semasa Pn. Roszila dengan berhati-hati dan penuh sabar mengorek sembilu yang masuk di celah kuku jari hantunya dengan pin. Hampir putus asa saya bila tak sampai hati melihat keadaan yang menyayat itu, saya mencadangkan anak itu dihantar ke klinik sahaja. Namun berkat pengalaman dan rasa keibuan yang amat mendalam, Pn. Roszila meyakinkan kami bahawa selumbar itu dapat dikeluarkan...
Khalif menahan kesakitan
 Akhirnya selumbar itu dapat dikeluarkan
Syukur..

Thursday, September 20, 2012

SKKW Johan Ragbi

Sekali lagi tak sia-sia saya hadir melihat anak-anak SKKW bermain dalam Kejohanan Tunas Mini Olimpik (KATMO) peringkat daerah Sepang bagi acara ragbi rimau tadi. Pertandingan diadakan di SM Teknik Sepang. Tahniah buat semua pemain dan jurulatih yang telah bersusah payah berlatih selama ini sehingga kita menjadi Juara.
   Dan buat kali ke-2  dalam  masa 2 hari, saya menemani mereka makan KFC. Tapi kali ini tak cukup seketul. Terima kasih buat coach hebat; En. Rizal yang turut membelanja anak-anak murid tadi.
  Sebelum pertandingan akhir
 Tu diaa...
KFC juga pilihan hati

Wednesday, September 19, 2012

Tahniah Kalam Jamaie SKKW!

Tak sia-sia saya hadir dalam Majlis Mahrajan j-QAF Kalam Jamaie peringkat daerah Sepang 2012 di SJK(C) Dengkil pagi tadi. Gembiranya hati kerana saya dapat menyaksikan pasukan Kalam Jamaie SKKW berjaya menjadi Johan dalam pertandingan tersebut. Syukur atas kurniaan Allah yang amat bemakna ini. Rezeki yang tidak terduga ini kami terima dengan rasa rendah diri dan penuh hikmah. 
   Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua murid yang telah membuat persembahan mantap sehingga berjaya menambat hati para hakim. Tak lupa tahniah juga buat ustazah Siti Fairuza, ustazah Siti Huriah dan semua guru Pendidikan Islam yang telah melatih dan membimbing tanpa mengenal jemu. Semoga kejayaan yang lebih manis akan kita perolehi dalam pertandingan peringkat negeri di Klang pada awal Oktober nanti.
Sebelum pengumuman
 Semasa pengumuman
 Selepas pengumuman
Tahniah semua!

Tuesday, September 18, 2012

Mesyuarat rintis penggabungan JK

Sebagai sekolah rintis Program Simulasi Penggabungan Jawatankuasa di Sekolah, pagi ini sekali lagi saya dan kak Noredzan; GB SK Taman Seroja menghadiri mesyuarat pelanjutan program tersebut di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) KPM, Putrajaya. Kalau dulu, kami terlibat dengan simulasi 2 bulan, kali ini kami akan menjalankan program yang sama selama sebulan lagi bermula 24 September hingga 24 Oktober 2012. Dan kalau pada peringkat awal, hanya 40 buah sekolah sahaja yang terlibat, untuk program rintis kali ini telah bertambah menjadi 62 buah sekolah dari 4 buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan KPPM; YBhg. Dr. Khair.
   Kami akan menggabungkan kesemua jawatankuasa yang ada di sekolah menjadi hanya 5 jawatankuasa induk sahaja. Ini selaras dengan perakuan Jawatankuasa Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) 2010 dulu. Hasil perbincangan, jawatankuasa-jawatankuasa yang lain akan dijumudkan dan diubahsuai sebagai bidang tugas di bawah 5 jawatankuasa induk tersebut.    
   Di celah-celah perbincangan dan sumbangsaran ahli mesyuarat, kami berpendapat jawatankuasa yang ada sekarang ini telah disusun dengan begitu telus dan adil bagi meringankan beban guru. Bahkan ianya sangat membantu melicinkan pengurusan sekolah. Namun perintah perlu diakur. Kami beberapa orang pentadbir akan berbincang sesama sendiri bagaimana cara dan langkah yang terbaik bagi melaksanakan simulasi ini. Masa berlalu pantas.....
 
 

Sunday, September 16, 2012

Beraya adik-beradik

Sebagaimana tahun-tahun lepas, tahun ini acara rutin ziarah-menziarahi orang Melaka ke Selangor tetap berlangsung dengan meriahnya. Kali ini ia jatuh pada hari terakhir bulan Syawal. Gilir tahun ini tidur kat Bandar Tasik Kesuma, Beranang. Keesokan harinya breakfast kat Bandar Tun Husein Onn, Cheras, lunch di Rantau Panjang, Klang dan hitea di Kota Warisan, Sepang. Terima kasih emak dan semua adik-beradik. Happy birthday buat Angah Abu Bakar - semoga panjang umur murah rezeki sihat selalu...
(terima kasih Zerol copy gambar-gambar yang cantik ini)

Saturday, September 15, 2012

Wedding Fifa

Hari ini berkesempatan hadir ke majlis perkahwinan (orang panggil - majlis resepsi) cikgu Afifah binti Saif; salah seorang guru SKKW. Guru baru posting kelahiran Sabah ini mendapat suami orang BBST, Sepang. Oleh kerana saya sampai awal, tak dapatlah jumpa kedua mempelai. Apapun saya dan beberapa orang guru ambil peluang bergambar bersama emak mertua Fifa serta 'bunting' dan poster cantik pengantin.
   Tahniah buat Fifa dan suami, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....
 
 

Friday, September 14, 2012

Mesyuarat Exco MGB Selangor ke-4

Mesyuarat kali ini ini diadakan di D'Manggis, Kuang, Gombak. Ketua Unit Sekolah Rendah JPS; En. Zakaria turut serta menyampaikan ucaptama. Di pertengahan mesyuarat, diadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang juga dihadiri oleh beberapa orang mantan YDP dan Exco MGBS.
 
 
 
 
Perbincangan mencakupi pelbagai isu dan program pendidikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...