Sunday, May 16, 2010

Suasana KENDIRI

Petang semalam saya dan keluarga pergi ke Kem D'Iman Semungkis, Hulu Langat di mana Kem Kecemerlangan dan Jati Diri (KENDIRI) berlangsung. Kami sampai dekat nak maghrib.
 Yang berbaju merah tu Ketua Fasi - ustaz Fazlee
Murid-murid mandi manda di sungai ni tadi
Tempat penginapan dan surau
 Kemudahan di kem
Bilal mengalunkan azan
Muslimah sedia untuk bersolat jemaah
Berkumpul lepas solat
Makan time
Menyahut arahan fasi

Saturday, May 15, 2010

Gotong-royong Perdana

Sebagaimana yang diarahkan oleh KPM, hari ini SKKW telah mengadakan Gotong-royong Perdana sempena Hari Guru. Ramai juga ibu bapa yang telah hadir bersama-sama guru-guru membersihkan kawasan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pegawai-pegawai AADK, Bomba KLIA, IPD Sepang dan Majlis Perbandaran Sepang kerana telah turut sama hadir memberikan sumbangan tenaga, peralatan dan pokok-pokok. Syarikat Affin Bank juga telah mengambil peluang hadir membuat promosi produk mereka.
   Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, ucapan GB dan YDP PIBG serta acara senamrobik bagi memanaskan badan. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada ibu bapa serta PIBG yang telah menyumbang wang, barangan, makanan (terutama kepada ustaz Irwan) dan peralatan. Lain kali kita gotong-royong lagi kay.
Menunggu arahan
YDP PIBG dan orang-orang kuatnya
Ucapan perasmian YDP PIBG
Senamrobik dulu sebelum gotong royong
Yang depan smart tu orang-orang Affin Bank
Memanaskan badan
Keluar peluh
Regang tangan
 Lenggok kepala
Goyang pinggul
Jurulatih profesional
Poco-pocolah pulak
Semua ikut poco-poco
 Taklimat pembahagian tugas oleh cikgu Abu
Murugan mengemas kantin
Pekerja kontraktor MPSepang mencuci longkang
Nak cat tangga
Kemas taman
Nan, Sa'diah dan kak Rohani bekerjasama
Mencuci sawang di dewan
Kereta bomba pun ada
Mengambil air daripada pili bomba sekolah
Mencuci tempat perhimpunan
Mengecat bilik pengawas
Mengemas stor sukan
Mengecat surau
 Mengecat prasekolah
Mengemas buku di PSS
 Vacuum bilik tayangan
Cuci tingkap kelas anakanda
Lap tingkap
Cuci habuk
Bersama-sama mencuci kipas
Hati-hati memanjat tu
Pegawai-pegawai AADK mengecat bilik PPDa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...