Setelah beraptai pada hari Khamis lepas, pagi tadi sekolah telah menganjurkan program Merentas Desa bagi memilih wakil-wakil sekolah ke pertandingan peringkat MSSD Sepang di Bagan Lalang minggu depan. Program ini melibatkan murid-murid Tahap 2 yang telah hadir seawal pukul 7.00 pagi. Sungguh meriah dan bersemangat sungguh masing-masing. Tahniah kepada para pemenang. Laporan lanjut dan keputusan ada dimuatkan dalam blog sekolah (lihat di sini). Jom layan gambar-gambar menarik sepanjang acara...
Anak murid seronok
Cikgu pun seronok
Hitam putih kehidupan
Warm up dulu
Lama tak menunggang basikal
Belakang garisan!
Pegawai peronda
Jangan tolak-tolak
Memulakan larian dengan bergaya
Menyeberang jalan
Lari atas kawasan berumput saja
Best!
Hafiz bersemangat walaupun hanya berjalan
Terima kasih atas bantuan LKop. Ali Zamri
Jauh perjalanan
Luas pemandangan
Nampak batu-batan
Lori hantu
Para check point bertugas....
.....menjaga keselamatan...
...dengan penuh semangat...
...dan ceria...
...senyum di bibir...
...tetap bergaya...
"Tayar ok, Pn. Shikin?"
Paramedik dalam 'ambulan bergerak'
Berjalan dan berlari hingga ke garisan penamat
Kawalan trafik lancar
Hati-hati
Tangkap jangan tak tangkap
Serius
Menjeling... menjeling... ku dijeling...
Horey dah sampai!
Pencatat pemenang
Pelari terakhir melapor diri
Syabas Hafiz kerana menyumbang mata kepada rumah
Makan loti lo...
Minum air
Ada limau lagi
Tapi untuk cikgu aje - Terima kasih Adibah
"Sukanya dia.."
Melepaskan penat
Sambil bergembira
Bersedia untuk majlis penyampaian hadiah
Ucapan GB
Mengalungkan hadiah kepada pemenang
Johan Perempuan : Malisha Nur Sabrina (kisahnya di sini)
10 pemenang kategori perempuan
4 orang akan mewakili sekolah
10 pemenang kategori lelaki
Wakil sekolah
Bersama jurulatih
Teruskan perjuangan
Din mengumumkan pemenang keseluruhan - Congratz Rumah Hijau!