"Tanggal tiga puluh satu,
Bulan lapan lima puluh tujuh....."
Bergema lagi lagu berhantu Sudirman Hj. Arshad tahun ini. Dah 52 tahun negara kita merdeka. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita seharusnya menghayati erti kemerdekaan itu dengan penuh rasa keinsafan sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri. Sudah merdekakah kita?? Atau kita masih dijajah oleh budaya-budaya negatif yang dibawa oleh penjajah dalam bentuk 'baru'?? Semoga tarikh 31 Ogos tahun ini lebih bermakna kerana disambut seiring dengan penghayatan bulan Ramadan yang barakah.Bulan lapan lima puluh tujuh....."