Monday, August 31, 2009

Merdeka!

"Tanggal tiga puluh satu,
Bulan lapan lima puluh tujuh....."

Bergema lagi lagu berhantu Sudirman Hj. Arshad tahun ini. Dah 52 tahun negara kita merdeka. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita seharusnya menghayati erti kemerdekaan itu dengan penuh rasa keinsafan sekurang-kurangnya untuk diri kita sendiri. Sudah merdekakah kita?? Atau kita masih dijajah oleh budaya-budaya negatif yang dibawa oleh penjajah dalam bentuk 'baru'?? Semoga tarikh 31 Ogos tahun ini lebih bermakna kerana disambut seiring dengan penghayatan bulan Ramadan yang barakah.
Seronok di hati menyambut merdeka,
Riang terpancar di wajah berseri,
Dah 52 tahun sambutan diraya,
Apakah perpaduan masih dicari-cari?
(ihsan : Mie)

2 comments:

  1. Salam,
    Pertamanya diucapkan tahniah kerana dah punya blog sendiri. Barulah boleh dikatakan GB berwawasan dan berpandangan jauh dan bergerak seiring dengan peredaran zaman. Banyak manfaat jika dimaksimumkan kewujudannya.

    ReplyDelete
  2. Wsalam,

    Terima kasih. Buah cempedak di luar pagar.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...