Sunday, August 30, 2009

Happy Birthday to Ayu @ Angah

Hari ni (30 Ogos 2009) harijadi Ayu yang ke-21. Sehari sebelum tarikh kemerdekaan negara kita yang tercinta. Sebagaimana yang tercatat dalam surat beranaknya, Ayu lahir pada pukul 3.01 pagi dengan berat 3.1 kg. Kalau dia lahir pada 31 Ogos, baru betul angka keramat 31 tu. Tapi dah tersurat begitu, jadilah anak pra tarikh kemerdekaan.
   Selamat Hari Lahir! Semoga menjadi anak, kakak, adik dan muslimah yang solehah. Gunakan kepintaran yang ada itu ke jalan yang diredhaiNya. Ibu doakan Ayu selamat di dunia dan akhirat.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...