Pagi ni hujan turun lagi. Sejuk rasa badan. Dah beberapa hari dah hujan. Puasa sejuk-sejuk ni memang banyak rahmatnya. Terutama untuk anak-anak yang sedang belajar berpuasa. Hari tu balik kampung punyalah panas, tak larat Edy sampai sebut nak buka. Terpaksalah saya upah dia RM10.00 supaya dia meneruskan puasanya. Bukan main jealous Acik, puas saya pujuk terangkan rasionalnya. Nasib baik tak lama rajuknya.
Bila fikir pasal peniaga-peniaga bazar Ramadan, kesian pulak diorang semasa musim-musim hujan ni. Tentu kurang sikit pendapatan mereka sebab pelanggan kurang. Tapi tak apalah. Bukan tak ada untung langsung, cuma untung sikit saja. Jangan disesali dengan ujian Tuhan ni. Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak limpah kurniaNya kepada kehidupan kita.
No comments:
Post a Comment