Wednesday, August 26, 2009

Boss SPP call saya

Tadi pagi jam 11.17 pagi 26 Ogos 2009, Tn. Hj. Taupik bin Yusof, Timbalan Setiausaha Sektor Pengambilan SPP call saya. Saya call balik pada pukul 11.41 pagi, dia tak angkat. Dia call balik saya pada pukul 11.47 pagi. Masa tu, saya kat kampung di Jasin, Melaka.

Dia tanya saya apa cerita surat-surat rayuan saya dan 3
8 orang kawan PPGB UPSI kohort 3 tu. Saya ceritalah yang kita nak mohon tarikh pelantikan pada 03.02.2009. Saya cakapkan yang saya memang nak buat appointment dengan dia masa hantar surat-surat tu pada 18.08.2009 dulu tapi tak dapat. So, saya cuma dapat hantar melalui PSU dia; Pn. Norehan. Dengan BSM, saya dapat hantar sendiri ke tangan Pn. Faridatul Akmar Timbalan S/U Bahagian, Cawangan Perkhidmatan.

Dia cakap dia akan bincang dengan BSM. Dia merungut-rungut ju
ga mengatakan group PPGB ni kerap marah-marah SPP pasal pelantikan. Saya kata, sebenarnya kita tak tau prinsip tarikh pelantikan PJJ tak sama dengan full time. Full time dapat terus tarikh pelantikan selepas konvo, PJJ ikut permohonan dan hanya ada 2 tarikh aje setahun iaitu awal tahun dan hujung tahun. Dan saya cakap kebanyakan kita dah mohon manual pada bulan Mac, April, Mei 2008 sebelum diarah BSM mohon online pada Oktober 2008.

Yang memusykilkan saya dia masih lagi nak bincang dengan KPM tentang dasar melibatkan program PPGB ni. Tak taulah di mana silapnya. Namun, beberapa kali saya ulang merayu minta jasabaik dia untuk memenuhi permintaan kita tentang tarikh pelantikan tu. Kalau tidak, kita akan dapat tarikh lantikan dalam surat pengesahan pelantikan selepas 19.06.2009 sebagaimana dalam internet (tarikh surat tawaran).

Dia tanya kita dapat tarikh bila, saya kata semua kita belum dapat surat kecuali 3 orang;
Chong : 01.04.2008

Linggie : 31.12.2008
Rosli : 03.02.2009

Memang banyak betul karenah birokrasi dalam hal ini. Kita berdoalah agar usaha kita ni berjaya. Saya akan susuli dengan calling2 SPP dan BSM tu. Bagi saya, bila boss SPP call saya menggunakan handset dia, itu menandakan perkembangan yang baik buat kita. Semoga berhasil hendaknya. Insya Allah.


Memori kekal di ingatan........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...