Semasa ucapan perasmian, En. Hafizin telah mengumumkan bilangan murid yang mendapat 5A. Masa tu, Pn. Sadiah (GPK1) dan Pn. Siti Zubaidah (SU Peperiksaan) yang pergi mengambil keputusan di PPD belum balik lagi. Aduhai, seronoknya tak terkata! Pn. Sa'diah telah mengumumkan nama-nama murid yang mendapat 5A dan 4A 1B yang kemudiannya telah naik ke pentas bersalaman dangan YDP PIBG dan GB. Tahniah buat semua murid yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Syabas buat semua guru, khususnya guru-guru Tahun 6 serta congratulations buat semua ibu bapa yang sentiasa membantu di rumah dan memberi sokongan padu kepada guru-guru. Penyampaian hadiah dari PIBG dan sekolah akan disempurnakan semasa perhimpunan pagi esok. Analisis keputusan adalah seperti berikut;
Calon UPSR 2009 : 91 orang (tahun lepas 73 orang)
5A : 16 orang - 17.58% drp keseluruhan murid
(dah 3 tahun berturut-turut kami dapat statik 7 orang je 5A)
4A 1B : 18 orang (tahun lepas 12 orang)
Kelulusan keseluruhan : 78.02% (meningkat 2%)
BM Pemahaman : 95.6%
BM Penulisan : 97.8%
B.Inggeris : 90.1%
Matematik : 94.5%
Sains : 85.7%
Salah sebuah daripada persembahan - koir
Berdebar menunggu keputusan diumumkan
16 org murid 5A bergambar bersama YDP PIBG, GPK1 & saya.
YDP PIBG memberi ucapan tahniah
Tahniah kepada warga SKJH...kususnya murid2 yang berjaya..GB, GPK, guru2 tahun 6, serta guru2 sekelian...memang seronok dan teruja lebih2 lagi dalam proses menunggu keputusan...walaubagaimana pun saya dah dapat hidu awal tentang keputusan...bkn kerana orang lain bg tau...tp melihat riak muka GB dan yang terlibat...syabas...syabas..syabas...apa yang dapat saya rasakan...kegembiraan ini adalah balasan hasil keikhlasan yang di tujukan kepada murid.....kita merancang hanya Allah menentukan....
ReplyDeletetahniah buat semua murid dan guru yang sentiasa berganding bahu menjadikan impian itu realiti.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Engkau kabulkan kan jua doa anak2 muridku... Mereka berhak mendapat keputusan itu jika mereka berusaha.
sekali lagi syabas buat semua .....
Abu masih di lamunan rindu ke? Hehe.... bukan SKJHlah tapi SKKW. Apapun terima kasih jua buat Abu kerana menjadi contoh kepada guru-guru lain supaya bekerja dengan tekun tapi masih tetap maintain cool.
ReplyDeleteAminah, syabas kerana menjadi ikon kepada murid-murid. Semoga kita lebih mantap pada masa depan.
tahniah aida dan staf serta semua pihak yang terlibat...GB tidak akan dapat menjanjikan apa apa kecuali mendapat sokongan yang mantab dari semua pihak...betul tak aida
ReplyDeleteBetul sangat tu KK. Siapalah GB tanpa anak buah?
ReplyDelete