Semalam pada 28 Nov. 2009, telah diadakan Perjumpaan Waris nenek (dikenali sebagai Encek) Hjh. Che' Lun binti Tumpang di Kesang Tua, Jasin, Melaka. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah mengumpulkan ahli-ahli keluarga Encek serta keempat-empat anaknya; Mak Long Rosnah, Pak Ngah Anuar, emak Ariyah dan Busu Norliah. Antara acaranya adalah ucapan, pengenalan salasilah keluarga, pengenalan ahli keluarga, sesi bergambar, sukaneka, tahlil dan doa selamat, solat zohor berjemaah, jamuan makan tengah hari dan penyampaian hadiah. Setiap keluarga berpakaian mengikut warna tema yang berlainan. Pendek kata meriah sungguh majlis tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Layan jelah ye gambar-gambar yang banyak ni. Rugi kalau tak abadikan gambar-gambar ini........
Banner yang diilhamkan oleh Ella
Gambar kenangan encek; Hjh. Che Lun bersama suami; Ithnin bin Abu Hassan dan anak sulung; Mak Long Rosnah
Emi dan Inda AJK Pendaftaran
Jaja dan Zairul sehati mencuci ayam
Saya dan encek posing sekejap
Zali dan Angah Bakar sedang meninjau-ninjau "tapak lapangan terbang"
Aei (Asri) pengacara majlis yang hebat
Pak Ngah Anuar (Abu Shah) pengerusi majlis hari itu
Encek diberi kesempatan berucap
Encek bersama adik iparnya; Nek Dah serta 4 anak dan Pek Tam Yazid
Emak sedang memberi ucapan
Tok Sidang Dak Ai memperkenalkan ahli keluarga Mak Long yang berpakaian merah
Sham memperkenalkan keluarga biru Pak Ngah Anuar
Saya memperkenalkan keluarga hijau saya (warna kegemaran emak) dengan 28 rangkap pantun
Jeff memperkenalkan keluarga cokelat Busu Noli
Sebahagian keluarga Pek Tam Yazid; anak angkat encek @ anak sedara
Keluarga induk bergambar kenangan
Keluarga Busu Noli
Keluarga emak saya (Mak Lang Ariyah)
Keluarga Pak Ngah Anuar
Keluarga besar Mak Long Rosnah
Para jurukamera dengan gaya tersendiri
Bergambar ramai
Melompat keseronokan
Emak diapit oleh anak cucunya
Aik sorang merah 'tersesat'
Acara kutip gula-gula
Acara tiup belon
Ni penjaga garisan ke penjaga kerusi?
Lari bawa bola ping pong
Cari duit dalam tepung
Juara tiup tepung
Acara rebut kerusi
Acara anak lelaki mekap emak
Rupa emak selepas disolek oleh Angah. Tahniah sebab telah dipilih oleh encek sebagai juara
Jurumekap bergambar dengan model masing-masing
Acara penyampaian hadiah
tumpang seronok melihatnya....
ReplyDeleteTerima kasih ybs. Belum habis edit entri dah komen, ni kena bagi hadiah sebagai peminat setia. Lain kali ya.
ReplyDeleteSaya nak ucap tahniah sebab dapat anjur perjumpaan macam tu. Meriah dan akan dikenang sampai bila-bila. Saya pun kena buat juga la untuk family besar saya. Mesti best.
ReplyDeleteMemang best. Tapi saya tak berapa terlibat sangat. Sedara-sedara dan adik beradik saya kat Melaka tu yang banyak kali meeting dan merancang. Tahniah buat mereka!
ReplyDeletemn pantunnyer lang...br nk copy... ;)
ReplyDeletePantunnya coming kay
ReplyDelete