Saturday, November 21, 2009

Mesyuarat AJK PIBG ke-7

Malam tadi telah diadakan Mesyuarat AJK PIBG kali ke-7. Sebahagian besar agenda dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh AJK Ibu bapa atas kejayaan besar dalam UPSR. Apabila diberi peluang meluahkan perasaan oleh pengerusi, Pn. Shikin GPK HEM yang mengajar B.Inggeris Tahun 6 menjadi sebak bila mengingatkan sikap sesetengah ibu bapa yang gemar memperkecilkan tugas guru hingga mewujudkan suasana yang tidak harmoni dalam menjalankan tugas mengajar. Guru tidak mengharapkan balasan kerana memang mengajar adalah tugas mereka tetapi ibu bapa diharapkan dapat menghormati dan menjaga perasaan guru-guru. Namun demikian, bilangan ibu bapa yang bersikap negatif sudah semakin berkurangan berbanding 2, 3 tahun yang lepas. Jika guru kurang tekanan dan gangguan, nescaya murid-murid juga akan dipastikan belajar hingga cemerlang.
     Terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Mohd. Rushdan YDP PIBG dan semua AJK PIBG atas sokongan selama ini. Rupa-rupanya mereka juga mendapat tempias ucapan tahniah dari ibu bapa dan masyarakat. Memang mereka berhak mendapat pujian tersebut kerana mereka telah mengubah pandangan komuniti dan lanskap hubungan PIBG - sekolah.
     Sesungguhnya kejayaan ini menjawab banyak perkara termasuk perpindahan beberapa orang murid ke Putrajaya dua tahun lepas, cabaran warga banglo Kota Warisan, insiden petisyen, laporan polis, siasatan nazir, aduan kepada Menteri Pelajaran, KPM, JPN & PPD terhadap Guru Besar dan macam-macam lagi. Semua itu adalah pengalaman paling berharga buat guru-guru SKKW dan pencetus semangat dalaman buat seorang saya insan kerdil di bumi yang fana. Ewah ewah!

 Mesyuarat malam sebab nak bagi can kat En. Nor Aziz NYDP hadir. Sekali-sekali bolehlah kot tapi kalau selalu tak larat juga cikgu-cikgu saya ni
Gumbira nampak!

5 comments:

  1. Salah satu faktor penting kejayaan sesebuah sekolah adalah hubungan baik guru-guru dan pentadbir dengan PIBG. Syabas!

    ReplyDelete
  2. cikgu Aida,
    tahniah, tahniah dan tahniah! Keep it up!

    ReplyDelete
  3. Wan, diharap PIBG sekolah kita akan meneruskan budaya membantu sekolah dan memudahkan urusan pentadbiran kita.
    Ybs, terima kasih. Tahniah juga buat cikgu.

    ReplyDelete
  4. Syabas buat semua !
    sedar tak puan , ini FIRST PRODUCT kita...

    ReplyDelete
  5. Saya dah maklumkan dalam mesyuarat PIBG tu yang ini adalah produk kita yang pertama. Saya dah minta kak Rohani Tamby selaku AJK PIBG kirim salam kat suaminya; Dr. Norizhar YDP PIBG SKKW yang pertama 2004. Jasa-jasa Dr. takkan kami lupakan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...