Saturday, November 21, 2009

Majlis Persaraan kak Saubiah

Petang semalam saya telah memenuhi undangan ke Majlis Jamuan Persaraan Pn. Hjh. Saubiah bt. Hj. Jaafar, Guru Besar SK Jenderam Hilir di Auditorium Lounge (Fakulti Kejuruteraan), UPM, Serdang. Majlis tersebut telah mengembalikan nostalgia kepada kak Saubiah kerana beliau pernah menuntut di universiti tersebut. Selain saya, GB lain yang turut hadir ialah Ph. Noredzan, Samilah, Hjh. Norlia dan Razak. Ustaz Ghani telah hadir mewakili Tuan PPD. Kak Saubiah ni adalah kakak kepada kawan sepengajian saya di IAB dan UPSI iaitu Hj. Kadir GB SK Tanjong Malim. Kepada kak Saubiah, Selamat Bersara. Moga berbahagia bersama keluarga tercinta.

Semoga kita berjumpa lagi kak

Bergambar kenangan dengan teman-teman GB dan ustaz Ghani

2 comments:

  1. Semoga Allah Taala melembutkan hatinya selepas ini

    ReplyDelete
  2. Saya harap pun begitu. Moga tiada dendam di hati. Semua kita hanya sekadar menurut perintah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...