Cuti sekolah bakal menjelma. Dua orang lagi kawan PPGB UPSI kami nak kahwinkan anak. Kali ini Ana dan Zaki akan mengadakan kenduri perkahwinan anak mereka di Kuantan pada 6 Disember 2009. Kawan-kawan yang berkelapangan atau memang merancang nak bercuti ke pantai timur, singgahlah ke rumah mereka. Saya pun berhajat juga nak pergi. Jumpa di sana. Bersama-sama ini disertakan kad kahwin yang dihantar sendiri oleh kak Ana melalui emel pada saya sebentar tadi. Mereka menjemput semua kawan-kawan yang mengenali mereka untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Datang jangan tak datang.
saya pun add dalam blog list saya...ok ke aida?
ReplyDeleteOk no problem silakan. Tq
ReplyDeletemaklumat baru...rahimi satu zon dgn aku..dia di SK Ladang Kota Bahgia..baru masuk..Brahim sama tahun ni jumpa dan 4 kali, mesyuarat, Kursus PATS, KKPP dan PTK 34, dia di SK Ringlet, Maznon, aku panggil dia mak dara..kak kiah, siap dah sampai rompin lagi makan makan dgn aku.. itu amoi buat masters tu sama sama kolokium di IAB utara baru baru ni, nampaknya kawan kawan kau adalah kawan kawan aku jugak aida..oh yer..nama aida tak ada dalam emis sebab sesiapa yang kuar ke PPD, JPN atau Bahgian namanya masuk dalam sistem lain..aku pun menyemak pada tahun 2005, lepas hd aku korup...tamatlah kisahnya..emm yang penting...blog menemukan kita sebagai sahabat maya...salam
ReplyDeleteSalam. Nampaknya gitulah, bagus kita ramai kawan satu Malaysia ni. Banyak gunanya. Saya pun pi juga kolokium kat IABU hari tu. Buat reunion kecil kat sana. Fyi saya tak pernah kerja di PPD, JPN atau KPM. Tak layak! Oh ya, tadi banyak kali saya cuba call si Meng Choon tu tapi tak dapat, kenapa ye? Esok-esok saya try lagi. Apa ya no. tel sekolah dia?
ReplyDeleteBaru kejap tadi Meng Choon call saya. Dia tengok gambar-gambar saya di blog, dia still tak ingat saya. Saya kena buka albumlah nampak gayanya. Kot-kot ada gambar kami, nanti nak kena masukkan dalam blog. Ada rezeki nak juga jumpa member lama ni.
ReplyDelete