Thursday, December 31, 2009

2010

Tahun 2009 akan melabuhkan tirainya. Selamat Datang Tahun 2010. Azam? Sebenarnya tak ada azam baru yang khusus. Sekadar meneruskan azam yang lama. Kalau boleh, nak buat kerja dengan lebih baik dan harap dapat terus enjoy dengan apa yang saya buat.
 


Tahniah kepada member rapat saya; Wan Nor Fadriah GB SK Dengkil kerana mendapat IV dalam PTK DGA38 dan Ustaz Azhar Pegawai Pendidikan Islam PPD Sepang serta En. Mohd. Muda pegawai Unit Peperiksaan PPD Sepang yang juga mendapat IV dalam PTK DGA34!

Wednesday, December 30, 2009

Hitea MGB

Sibuk-sibuk dengan kerja di sekolah, sempat lagi saya melarikan diri ke Majlis Hitea Majlis Guru Besar (MGB)  Daerah Sepang di Hotel Nilai Springs sempena persaraan rakan-rakan Guru Besar. Ada 3 orang GB yang bersara tahun ini iaitu;
1.  Tn. Hj. Harun bin Zainul (GB SK Taman Putra Perdana)
2.  Pn. Hjh. Saubiah bt. Jaafar (GB SK Jenderam Hilir)
3.  Tn. Hj. Ashari bin Ahmad Zaini (GB SK Jenderam)
Tn. Hj. Harun dan Hj. Shaari telah sudi menghadiri majlis tersebut. Nampaknya kak Saubiah tak dapat hadir kerana ada urusan yang lebih penting. Terima kasih kepada Penolong PPD Pengurusan Sekolah; Tn. Hj. Mutalib bin Tomran yang sudi hadir meluangkan masa bersama kami pada petang tadi. Selamat Bersara kepada mereka bertiga. Semoga dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan di samping keluarga. Jumpa lagi!

Sampai-sampai, bergambar dulu kat rusa krismas ni
Backdrop yang simple





Gambar-gambar sebelum majlis bermula




Gambar-gambar semasa majlis berlangsung
 
Hj. Mutalib, Hj. Shaari dan Hj. Harun. Kerusi kosong tu sepatutnya tempat Hjh. Saubiah. Panjang rajuknya...

En. Razak dan cik Ng melakukan tugas sebagai pengacara 
YDP MGB Sepang; En. Yahaya Om memberi ucapan
  
Penolong PPD Sepang; Tn. Hj. Mutalib Tomran menyampaikan ucapan
  
Yang diraikan; Tn. Hj. Harun sekarang dah jadi usahawan
  
Menarik cerita Hj. Shaari. Pernah kena tahan ISA setahun rupanya pada tahun 70an
  
Penyampaian hadiah dari MGB dan PPD kepada Hj. Shaari (Maaf tak sempat ambil gambar penyampaian hadiah kepada Hj. Harun. Leka bersembang dengan kak Zan o..o..) 
Sebelum balik, sempat lagi bergambar kat lobi hotel

Menjelang buka sekolah

Minggu ni seperti juga tahun-tahun lepas adalah minggu yang sibuk menjelang persekolahan tahun baru. Hari Isnin (28.12.2009) buat Mesyuarat Pengurusan 1/2010, Selasa (29.12.2009) Mesyuarat Guru 1/2010, Rabu (30.12.2009) Mesyuarat Induk Kurikulum / HEM /Kokurikulum 1/2010 dan Khamis (31.12.2009) Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah. Walaupun banyak sekolah dah panggil guru sejak minggu lepas lagi (ada yang dah panggil dari hari Isnin 21.12.2009) tapi setakat ini saya rasa tempoh 3 hari guru-guru dipanggil awal bertugas itu sudah memadai. Mereka pun dah hadir bertugas sehari seorang dalam masa cuti. Saya harap guru-guru saya dapat menyedari pertimbangan yang saya ambil ini. Cuti dah lama so lepas ini kalau guru-guru terpaksa kerja lebih masa, datang hari Sabtu maupun Ahad (itupun kalau tak dapat dielakkan) janganlah merungut, cikgu-cikgu ye. Amalkan sikap win-win. Tapi saya yakin tak ada masalah. Selama nipun mereka sangat memberi kerjasama. Kalau ada hal pun, semuanya sebab betul-betul emergency.
   Tahun ni kelas baru buka 6 aliran nomal dan 1 pendidikan khas. Sehingga hari ini, kami masih kekurangan  lebih dari 10 orang guru lagi. Kerusi-meja murid walaupun JPN hantar 30 baru-baru ni, masih kurang hampir 100 buah lagi. Kerusi-meja guru perlu 6 buah jugalah. Saya dah buat surat ke PPD minta kerusi-meja PPD lama yang sekarang ni sedang berpindah ke bangunan baru tapi tak ada jawapan lagi. Hari-hari dok call pegawai di PPD pasal masalah ni, belum ada jawapan pasti. Pening juga. Saya cakap kat cikgu-cikgu pandai-pandailah ye cikgu cari kerusi-meja tu kat mana-mana bilik supaya cukup bila buka sekolah nanti. Cikgu-cikgu akur. Tapi mana nak cari lagi kalau bendanya tak ada??
   Nak kata saya tak usaha, saya dah buat surat permohonan kerusi-meja murid dan guru ni sejak Jun 2009 lagi ke JPN. Start cuti hari tu, fax lagi surat yang sama. Bila dapat 30 je, call JPN kata tak cukup. Pegawai Bekalan tu kata PPD minta 30 je untuk sekolah saya. Bajet dah tak ada so dia suruh PPD yang settlekan masalah ini. Ni sedang berusaha dan berdoa. Hari-hari call PPD. Harap-harap tak kecohlah Isnin nanti. Dan adalah hendaknya kerusi-meja baru tu dalam 2,3 hari ni.
   So cikgu-cikgu, marilah kita meningkatkan tahap diplomasi dan komunikasi kita menghadapi klien kita pada hari pertama persekolahan nanti walaupun kurang di sana-sini.  

Sunday, December 27, 2009

Kejohanan Bolasepak

Atas inisatif Pengerusi Persatuan Penduduk Megah Villa  KW merangkap Pengerusi Rukun Tetangga; En. Nor Aziz serta AJKnya, hari ini telah dilangsungkan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Bawah 12 Tahun di padang SK Kota Warisan. En. Nor Aziz adalah Naib YDP PIBG SKKW dan bekas YDP PIBG tahun lepas. Kejohanan ini adalah sempena Program Pemantapan Tunas Jiran Rukun Tetangga. 
Sebanyak 7 pasukan telah mengambil bahagian yang terdiri daripada anak-anak dalam dan luar Kota Warisan termasuk dari Labuhan Dagang, K. Langat dan Kompleks KLIA, Nilai, Negeri Sembilan. Beberapa orang guru juga telah terlibat membantu mengurus dan mengadili pertandingan ini iaitu cikgu Abu, Adnan, Maz Azlee dan ustaz Zul. Pertandingan berjalan dengan penuh semangat kesukanan dan meriah. Hadiah yang disediakan sangat menarik iaitu sepasang jersi kepada johan dan naib johan serta sehelai t-shirt kepada pemenang tempat ke-3 dan 4. Syabas buat En. Aziz dan urusetianya!

Bergambar bersama AJK dan pemain peringkat akhir



 Pertandingan akhir berlangsung pada pukul 3.00 petang


Pemain-pemain sedang menyaksikan tendangan penalti

 
 Tendangan penalti kedua-dua pasukan

 En. Nor Aziz sedang menyampaikan ucapan




Sesi penyampaian hadiah. Semua baju dipakaikan terus kepada ketua pasukan.

Jurulatih yang membantu saya mengambil gambar

Bergambar dengan pemenang tempat ke-3 dan ke-4


Bergambar dengan naib johan - Tun Perak

Tahniah kepada pasukan Tok Janggut yang menjadi johan


 Bergambar ramai. Jumpa lagi tahun depan. Majulah sukan untuk negara!

Kota Warisan banjir kilat

Semalam hujan lebat. Kota Warisan dilanda banjir kilat dekat trafic light yang rosak tu. 


Wednesday, December 23, 2009

Kenangan UPSI - Permainan Tradisional

Antara subjek menarik ketika belajar di UPSI dulu ialah PJK. Kami turun padang main betul-betul. Seronok dan gamat. Saja nak mengimbau kenangan lama masa praktikal permainan tradisional.....
 

Main galah panjang

 
 
 Jeng jala itik
 

Teng teng

Konda kondi


Main guli


Sepak bulu ayam


Batu seremban


Baling getah
 

Baling tin
 

Apa entah nama main lastik getah ni?
  
Sukanya dia!
  
Santai bersama pensyarah

  Orang-orang kuat
  
Teman kamceng
  
Teman ceria


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...