Sunday, December 20, 2009

Start keje

Esok saya akan mula kerja setelah cuti 2 minggu + mesyuarat PTK seminggu sebelum tu. Antara tempat yang saya dan keluarga berjalan ialah balik kampung di Kuala Krau, Pahang, pi Penang, Genting, Johor dan family day di Sunway Lagoon semalam. Dalam tempoh cuti tu, kepala hotak ni dok fikir pasal kerja aje. Pasal NKRAlah, yuranlah, cikgu dan kerusi meja tak cukuplah walhal 5 kelas lagi nak buka. 
Sekolah KAFA masih belum bayar 7 bulan bayaran premis. Habislah audit tahun depan. Ketua Guru tu kata :  akan diusahakan.... Tahun depan bil utiliti kerajaan tak tanggung dah, sekolah kena bayar sendiri. Bil elektrik sekolah saya tiap-tiap bulan hampir RM2,000.00. Mana taknya; design and build. Pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik mesyuarat, makmal komputer semuanya aircond tanpa kipas. Berat ni. Kalau mereka bayar pun hutang tahun ni, tahun depan kena buat MoU format baru nampaknya - share bayar bil utiliti..... Buat mereka liat bayar macam tahun ni, mana saya nak cekau duit?
Apapun, esok ada mesyuarat New Deal NKRA tu. Lama tak jumpa PPD dan kengkawan. Mesyuarat minggu lepas, GPK1 saya yang mewakili saya cakap Tuan PPD tanya saya. Bila GPK saya cakap, saya bercuti, PPD kata nak kena minta surat tunjuk sebab. Aduhai, sedih. Padahal Tuan PPD tu sendiri yang sign surat cuti saya tu dulu. Sabor jelah.

13 comments:

  1. Sabar je Da. Kerja makan gaji camtu la. Biasa la tu, mesti ada yg kita rasa tk puas hati dgn boss cuma kalau saya, selalu hiburkan hati dgn berkata sendiri" nasib baik tk dpt boss yg lagi teruk". Always think positive.

    ReplyDelete
  2. Satu lagi Da, elok gak kalau terus bg dia surat tunjuk sebab dn permohonan maaf. Bertindak cepat sebelum dia buat jadi issue.

    ReplyDelete
  3. Think positive tu tak ada masalah. Memang itu amalan dan pegangan.

    ReplyDelete
  4. buat jer la surat tu, kalau rajin buat panjang2 biar letih ppd membacanya, hehehe....

    selamat 'start keje' !

    ReplyDelete
  5. ybs, ikutkan hati malas nak buat surat tu. Iyalah kita bukan saja-saja tak nak hadir. Kita cuti. Kalau tak ambil, mau burn cuti saya yang berlambak tu. Tapi tadi kengkawan nasihatkan buat je surat tu. Okaylah dengan berat hati saya akan buat surat tu - he is the boss!

    ReplyDelete
  6. ok, aida, aku akan tolong draffkan surat tunjuk sebab kau tu...apamacam..ok tak? hahahahaha selamat start kerja..aku dah start lama dah

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Selamat bertugas kembali cikgu Aida...
    Semuga ceria di tahun baru Hijrah ni...

    ReplyDelete
  8. KK, saya dah buat surat tu tadi dan nak hantar ke PPD esok. Sebelum tu, saya call boss dulu minta maaf. Lega dah. Ni baru balik keje, memang seronok keje lagi drp cuti. Tu yang cuti kita tak luak. Lain kali kena cuti time sekolahlah nampaknya sebab cuti sekolah pun GB diwajib keje.

    ReplyDelete
  9. Wsalam Lipislady. Semoga aok pun ceria di tahun baru ni. Kalau keh ke Lepih, bolehlah kita jumpa yek.

    ReplyDelete
  10. tu la, lain kali jadi ppd pulak jgn jadi gb.buat surat tu kepilkan sekali surat kelulusan ppd sekali.biar terbeliak biji matanya membaca....camno aku dah lulus cuti dia, tapi aku suruh buek surat tunjuk sebab pulak, biar dia fikir betapa pelupanya dia.

    kata apa yg kita rasa nak kata...melayu mudah lupa...kaduk naik junjung....@@@$$%^&*&&&^%$....

    hehehe aku cuma cadang saja, kalu berani buek lo....!!!!

    ReplyDelete
  11. Salam emzex, terima kasih atas kunjungan & respons. Memang saya sertakan sekali salinan surat cuti yang dah diluluskan tu. Yalah mungkin yang dimaksudkan tu ialah GB-GB lain yang suka tak datang mesyuarat tanpa alasan. Tapi bila kena batang hidung kita yang jarang-jarang tak datang ni, berasap juga.

    ReplyDelete
  12. selamat bekerja kembali.....

    ReplyDelete
  13. Tq en. Haire. Tahun baru datang dengan cabaran yang baru juga. Semoga terus berjaya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...