Wednesday, December 30, 2009

Menjelang buka sekolah

Minggu ni seperti juga tahun-tahun lepas adalah minggu yang sibuk menjelang persekolahan tahun baru. Hari Isnin (28.12.2009) buat Mesyuarat Pengurusan 1/2010, Selasa (29.12.2009) Mesyuarat Guru 1/2010, Rabu (30.12.2009) Mesyuarat Induk Kurikulum / HEM /Kokurikulum 1/2010 dan Khamis (31.12.2009) Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah. Walaupun banyak sekolah dah panggil guru sejak minggu lepas lagi (ada yang dah panggil dari hari Isnin 21.12.2009) tapi setakat ini saya rasa tempoh 3 hari guru-guru dipanggil awal bertugas itu sudah memadai. Mereka pun dah hadir bertugas sehari seorang dalam masa cuti. Saya harap guru-guru saya dapat menyedari pertimbangan yang saya ambil ini. Cuti dah lama so lepas ini kalau guru-guru terpaksa kerja lebih masa, datang hari Sabtu maupun Ahad (itupun kalau tak dapat dielakkan) janganlah merungut, cikgu-cikgu ye. Amalkan sikap win-win. Tapi saya yakin tak ada masalah. Selama nipun mereka sangat memberi kerjasama. Kalau ada hal pun, semuanya sebab betul-betul emergency.
   Tahun ni kelas baru buka 6 aliran nomal dan 1 pendidikan khas. Sehingga hari ini, kami masih kekurangan  lebih dari 10 orang guru lagi. Kerusi-meja murid walaupun JPN hantar 30 baru-baru ni, masih kurang hampir 100 buah lagi. Kerusi-meja guru perlu 6 buah jugalah. Saya dah buat surat ke PPD minta kerusi-meja PPD lama yang sekarang ni sedang berpindah ke bangunan baru tapi tak ada jawapan lagi. Hari-hari dok call pegawai di PPD pasal masalah ni, belum ada jawapan pasti. Pening juga. Saya cakap kat cikgu-cikgu pandai-pandailah ye cikgu cari kerusi-meja tu kat mana-mana bilik supaya cukup bila buka sekolah nanti. Cikgu-cikgu akur. Tapi mana nak cari lagi kalau bendanya tak ada??
   Nak kata saya tak usaha, saya dah buat surat permohonan kerusi-meja murid dan guru ni sejak Jun 2009 lagi ke JPN. Start cuti hari tu, fax lagi surat yang sama. Bila dapat 30 je, call JPN kata tak cukup. Pegawai Bekalan tu kata PPD minta 30 je untuk sekolah saya. Bajet dah tak ada so dia suruh PPD yang settlekan masalah ini. Ni sedang berusaha dan berdoa. Hari-hari call PPD. Harap-harap tak kecohlah Isnin nanti. Dan adalah hendaknya kerusi-meja baru tu dalam 2,3 hari ni.
   So cikgu-cikgu, marilah kita meningkatkan tahap diplomasi dan komunikasi kita menghadapi klien kita pada hari pertama persekolahan nanti walaupun kurang di sana-sini.  

2 comments:

  1. Assalamualaikum, haru bete kala sampai buka sekolah tak ada kerusi lagi cikgu, ada yang bentang atas surat kabo nanti, macam menonton wayang bergerak penerangan..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Wsalam Lipislady. Doakanlah yek. Harap-harap TV3 tak baca blog keh ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...