Awal Bismillah pembuka bicara,
Selamat Datang Salam Sejahtera;
Hari Keluarga dan Hari Raya,
Tahniah diucap buat semua.
Tiba giliran keluarga Ariyah,
Izinkan saya untuk mewakili;
Walaupun kami ketiadaan ayah,
Kenangan bersamamu tetap di hati.
Warna hijau tema kami,
Pilihan bonda sejak dahulu;
Warna Islam warna bumi,
Tenang dan sejuk pakailah selalu.
Hajjah Ariyah aset kami,
Dialah emak dan nenek terbaik;
Pengorbananmu banyak tidak terperi,
Idola kami setiap detik.
Arwah Mohd Ali ayah penyabar,
Banyak berjasa selama hayatnya;
Menyayangi cucu kecil dan besar,
Semoga Allah mencucuri rahmatNya.
Kami semua 9 beradik,
Yang nombor 1 namanya Rohana;
Masih single orangnya cantik;
Hobinya gemar pergi berkelana.
Along Ana kerja kerani,
Tinggal di kuarters Putrajaya;
Di Cheras ada rumah sendiri,
Siapa dapat cuci kaki la.
Anak ke-2 Abu Bakar,
Isterinya Nur Jannah di tanah suci;
Beliau suka buat kelakar,
Kalau bercerita tak kering gusi.
Anak Bakar ada 3 orang,
Yang sulung bernama Mohd. Amir Farid;
Farah dan Solihin adik penyayang,
Mereka suka senyum meleret.
Anak ke-3 saya sendiri,
Rohaidah nama diberi;
Roslan Mat Tahar nama suami,
Berulang ke Johor mencari rezeki.
Kami punya 5 cahaya mata,
Rohaizzad belajar di UTHM;
Rose Idayu pula anak ke-2,
Pelajar UTP sedang praktikum.
Yang ke-3 Rose Emilda,
Tingkatan 4 di Teknik Sepang;
Rohisyam adiknya hensem ada,
Rozaidi si adik asyik nak menang.
Anak seterusnya Along Nizah,
Amran Hamid nama suaminya;
Pulau Gadong tempat yang indah,
Di situlah tinggal seisi keluarganya.
Along mempunyai 2 orang buah hati,
Afri si buah hati pertama;
Maaf tak dapat hadir anak SPM ulangkaji,
Adiknya bernama Arnidia.
Nor Aizam anak seterusnya,
Isterinya Norazalina nama macam serupa;
Duduk di Beranang sekian lama,
Mempunyai 3 orang anak teruna.
Anak pertama Nasrul Aiman,
Nak periksa UPSR tahun depan;
Nabil Zikri hero kesayangan,
Adik Akmar terkenal tampan.
Anita Mak Lang paling dermawan,
Disayangi oleh anak-anak buahnya;
Pak Lang Jurie pun tiada tandingan,
Sekali bersuara banyak ilmunya.
Semalam Ita beritahu saya,
Nama bakal putera-puterinya;
Tapi itu semua rahsia,
Doa-doakan moga dimakbulkan segera.
Anak seterusnya Pakcik Azmi,
Isterinya Nor Azura orang Klang;
Jaguh bowling seantero negeri,
Selalu ke surau bila sembahyang.
Noor Azyan Najla permata hati,
Cute comel pandai bergaya;
Sepupu-sepupu sangat meminati,
Tanyalah mereka kalau tak percaya.
Anak second last ialah Zanariah,
Mak Teh Jaja nama timangan;
Tinggi lampai cantik bergaya,
Mengemas rumah itulah kegemaran.
Pendatang terbaru Pak Teh Zairul,
Pakar IT di pejabat MAIM;
Kalau bercakap berbakul-bakul,
Riuh rendah seluruh Jasin.
Anak bongsu Maksu Ella,
Nama sebenarnya ialah Suhaili;
Belajar di Ipoh, di Lendu bekerja;
Dengan emak teman sejati.
Hobi Maksu masak spaghetti,
Kek cokelatnya jadi igauan;
Mak kata dia suka manjakan diri,
Tapi sebenarnya suka berkawan.
Demikian tadi kisah kami,
Anak cucu Ariyah mohon berundur;
Salah silap harap dimaafi,
Semuanya semata-mata untuk berhibur.
Abang, kakak dan adik janganlah marah,
Kalau tercuit di sana-sini;
Di Hari Keluarga kita bergembira,
Ada rezeki kita buat lagi.
Dua, tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Dua, tiga boleh kucari,
Mana nak sama encek Che' Lon seorang.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dkenang juga.
Emak Ariyah dikelilingi sebahagian anak cucunya.
"Selamat Hari Lahir buat mak pada 3 Disember ni.
Semoga panjang umur murah rezeki.
Kami sayang emak @ nenek"
"Selamat Hari Lahir buat mak pada 3 Disember ni.
Semoga panjang umur murah rezeki.
Kami sayang emak @ nenek"
salam ziarah.. doa restu agar family hjh ariyah.. sejahtera selalu...
ReplyDeleteTkasih atas kunjungan Abe Li. Jemput singgah lagi yek.
ReplyDeletetak sangka darah Hang Tuah masih mengalir. pandai bermadah pandai berpantun.
ReplyDeleteBiasa-biasa je tu. Orang Melayu kan kaya dengan madah-madah pujangga.
ReplyDelete