Saturday, December 5, 2009

Nostalgia di hari lahir

Hari ini 5 Disember 2009 ialah hari jadi saya yang ke-???? (kwang..kwang..kwang). Saya dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Masa tu, ayah saya kerja keretapi. Ayah saya pencen pun di K.Lipis tahun 1989. Keluarga saya pernah tinggal di kuarters keretapi di Jalan Barry dan Batu Kurap. Saya bersekolah di SR Clifford, SMRK (Semarak) K.Lipis dan SM Clifford sebelum saya masuk Maktab Perguruan Kuantan, Pahang. Keluar maktab, saya mengajar di Jengka 23, kemudian ke Selangor, W.P. Labuan dan Selangor semula.
Sejak ayah bersara dan balik kampung di Melaka, saya cuma pergi sekali je ke Lipis tu. Sebenarnya banyak kenangan saya di Lipis tapi tak banyak gambar. Yang ada pun gambar kat sekolah. Semoga gambar-gambar ini akan mengembalikan nostalgia buat diri saya dan rakan-rakan yang berkenaan.
1973 - Bergambar di studio K.Lipis
Belakang : saya, Angah Bakar, Along Ana
Depan : Along Nizah, Ijam, Ita
1970 - Darjah 1 SR Clifford, Kuala Lipis.
Saya berdiri barisan tengah dari kiri no. 6
 
1971 - Gambar dari majalah sekolah SR Clifford
Saya duduk hujung sekali kanan
 
1973 - Darjah 5 Express SR Clifford
Saya duduk dari kiri no. 4 (sebelah sir)
1979 - Tingkatan M5A2 SM Clifford
Saya berdiri barisan tengah dari kiri no. 5
1980 - Tingkatan 6R2 SM Clifford
Saya berdiri barisan tengah dari kiri no. 7
1981 - Tingkatan 6A2 SM Clifford
Saya berdiri barisan tengah dari kiri no. 3

13 comments:

  1. Selamat hari lahir juga drp Pengurusan Blog akuanakpahang semoga di panjangkan umur dan di murah kan rezeki.

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir Aida..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete
  3. selamt hari lahir..sama dgn kawan aku sukimin juki GB kat kinrara.. moga kau panjang umur, murah rezeki...lahir kat lipis, asal melaka, sekarang kat selangor..hidup kau pun macam perjalanan keretapi aida...dari satu stesen ke satu stesen...

    ReplyDelete
  4. Selamat hari lahir
    moga diberkati Allah
    Perjalanan hidup yang tentu penuh kenangan manis di Lipis...

    ReplyDelete
  5. salam ziarah dan selamat hari lahir, selamat dunia akhirat

    ReplyDelete
  6. Relevan : Tkasih semoga kita semua dimurahkan rezeki.
    KK : Tq Sop. Sukimin sekarang dah balik Sepang, GB SK Taman Putra Perdana. Hidup kita ni bukan saja umpama bergerak dari satu stesen ke satu stesen tapi bak roda keretapi juga, kejap di atas kejap di bawah.
    Um.masyitah : Terima kasih sudi singgah. Lipis sentiasa mengimbau kenangan manis. Entah di mana kawan-kawan sepermainan dulu?
    Mokde : Tenkiu sudi ziarah. Bestnya saya dah ramai kawan. Semoga Mokde pun selamat dunia akhirat

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, selamat Hari Lahir, semuga Dipanjangkan Umur, dimurahkan rezki dah di sihatkan tubuh badan,

    Beruntung Cikgu Aida ada simpan gambar lama2 tu..ada juge kenangan...

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam. Tkasih Lipislady. Gambar punya seribu cerita tersendiri. Lagi lama lagi tinggi nilainya.

    ReplyDelete
  9. Salam..Hepi besday akak..walaupun lewat skit..Batch sape kat Clifford? Wan Fauzilah? Shahrom Othman? Hamid yunus?

    ReplyDelete
  10. Aida,
    Happy Birthday! Semoga Terus Bahagia.

    Comel-comel gambar lama tu.

    Saya pernah bertugas di Benta, Kuala Lipis pada tahun 1976 - 1979.

    ReplyDelete
  11. salam cikgu Aida,
    selamat menyambut ulangtahun kelahiran, maaf baru arini berkesempatan menjengah blog....

    moga kekal dlm keberkatan dan redha Ilahi!

    ReplyDelete
  12. Salam....

    Pengembara Silam : Macam tak ingatlah pulak nama-nama tu. Yang saya ingat; Johari Mohd Nor, Norhayati M. Yatim.... Tkasih sudi singgah.

    Mantan : Tkasih tuan. Saya selalu gak jengah blog cikgu. Time2 cikgu kat Benta, saya memang selalu ke pekan sari Benta tu.

    ybs : Mekasih atas ucapan. Semoga cikgu jua diberkati Allah hendaknya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...