Sunday, November 29, 2009

Perjumpaan Waris Hjh Che Lun

Semalam pada 28 Nov. 2009, telah diadakan Perjumpaan Waris nenek (dikenali sebagai Encek) Hjh. Che' Lun binti Tumpang di Kesang Tua, Jasin, Melaka. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah mengumpulkan ahli-ahli keluarga Encek serta keempat-empat anaknya; Mak Long Rosnah, Pak Ngah Anuar, emak Ariyah dan Busu Norliah. Antara acaranya adalah ucapan, pengenalan salasilah keluarga, pengenalan ahli keluarga, sesi bergambar, sukaneka, tahlil dan doa selamat, solat zohor berjemaah, jamuan makan tengah hari dan penyampaian hadiah. Setiap keluarga berpakaian mengikut warna tema yang berlainan. Pendek kata meriah sungguh majlis tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Layan jelah ye gambar-gambar yang banyak ni. Rugi kalau tak abadikan gambar-gambar ini........

 Banner yang diilhamkan oleh Ella
 
Gambar kenangan encek; Hjh. Che Lun bersama suami; Ithnin bin Abu Hassan dan anak sulung; Mak Long Rosnah

Emi dan Inda AJK Pendaftaran

Jaja dan Zairul sehati mencuci ayam

Saya dan encek posing sekejap

Zali dan Angah Bakar sedang meninjau-ninjau "tapak lapangan terbang"

Aei (Asri) pengacara majlis yang hebat

Pak Ngah Anuar (Abu Shah) pengerusi majlis hari itu

Encek diberi kesempatan berucap

Dari kiri Busu Noli, Mak Long, emak dan Pak Ngah
 
 Encek bersama adik iparnya; Nek Dah serta 4 anak dan Pek Tam Yazid

Emak sedang memberi ucapan

Tok Sidang Dak Ai memperkenalkan ahli keluarga Mak Long yang berpakaian merah

Sham memperkenalkan keluarga biru Pak Ngah Anuar

 Saya memperkenalkan keluarga hijau saya (warna kegemaran emak) dengan 28 rangkap pantun

Jeff memperkenalkan keluarga cokelat Busu Noli

Sebahagian keluarga Pek Tam Yazid; anak angkat encek @ anak sedara

Keluarga induk bergambar kenangan

Keluarga Busu Noli

Keluarga emak saya (Mak Lang Ariyah)

Keluarga Pak Ngah Anuar

Keluarga besar Mak Long Rosnah


 Para jurukamera dengan gaya tersendiri

Bergambar ramai

Melompat keseronokan

Emak diapit oleh anak cucunya

Aik sorang merah 'tersesat'

Acara kutip gula-gula

Acara tiup belon

Ni penjaga garisan ke penjaga kerusi?

Lari bawa bola ping pong

Cari duit dalam tepung

Juara tiup tepung

Acara rebut kerusi

Acara anak lelaki mekap emak

Rupa emak selepas disolek oleh Angah. Tahniah sebab telah dipilih oleh encek sebagai juara

Jurumekap bergambar dengan model masing-masing

Acara penyampaian hadiah


Friday, November 27, 2009

Bangla Solat Raya

Ni baru balik solat sunat Eidul Adha. Ramai gak yang datang solat kat Surau Al-Hijrah, Kota Warisan tu. Termasuklah warga-warga asing. Yang menarik Mat-Mat Bangla tu lepas sembahyang masing-masing bersalam peluk sesama mereka.
 
Mat Bangla dah selesai solat sunat Aidil Adha (tak sempat ambil gambar mereka bersalam-salaman)
 
 Mereka balik naik lori lagi....

Wednesday, November 25, 2009

Monday, November 23, 2009

Ops Selamatkan Kucing

Petang tadi semasa saya hendak meninggalkan sekolah menuju ke PPD, saya telah didatangi oleh 2 orang lelaki yang mengadu ada seekor kucing telah terperangkap di balkoni luar bilik guru sejak 2 hari lepas. Lelaki-lelaki tersebut membawa bersama seekor ikan goreng untuk diberi kepada kucing tersebut. Mereka telah melihat kucing tersebut dari Restoran D'Desa yang berada betul-betul berhadapan dengan bilik guru. Cuti hujung minggu menyebabkan tiada siapa perasan akan kucing tersebut.
     Dengan menggunakan tangga, mereka telah cuba menurunkan kucing tersebut tetapi kucing itu ketakutan sambil mengiau dengan kuatnya dan melompat dari satu balkoni ke satu balkoni hingga ke hujung balkoni bersebelahan kotak penghawa dingin. Puas juga lelaki itu memujuk sikucing. Akhirnya dengan menggunakan umpan ikan goreng yang dibawa, dapat juga mereka menyelamatkannya. Kucing tersebut kemudiannya terus berlari walaupun disua dengan ikan tadi. Kata mereka; "Sombong betul kucing liar ni" Tetapi ikan tersebut ditinggalkan juga di bawah kereta untuk dijamah oleh sang kucing bila-bila ia berhajat nanti. Terima kasih warga yang prihatin!
  
Usaha-usaha memujuk si kucing sedang dilakukan  
Pujukan hampir berjaya
  
Akhirnya si kucing menyerah diri

Happy ending hehe...

Saturday, November 21, 2009

Mesyuarat AJK PIBG ke-7

Malam tadi telah diadakan Mesyuarat AJK PIBG kali ke-7. Sebahagian besar agenda dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh AJK Ibu bapa atas kejayaan besar dalam UPSR. Apabila diberi peluang meluahkan perasaan oleh pengerusi, Pn. Shikin GPK HEM yang mengajar B.Inggeris Tahun 6 menjadi sebak bila mengingatkan sikap sesetengah ibu bapa yang gemar memperkecilkan tugas guru hingga mewujudkan suasana yang tidak harmoni dalam menjalankan tugas mengajar. Guru tidak mengharapkan balasan kerana memang mengajar adalah tugas mereka tetapi ibu bapa diharapkan dapat menghormati dan menjaga perasaan guru-guru. Namun demikian, bilangan ibu bapa yang bersikap negatif sudah semakin berkurangan berbanding 2, 3 tahun yang lepas. Jika guru kurang tekanan dan gangguan, nescaya murid-murid juga akan dipastikan belajar hingga cemerlang.
     Terima kasih tidak terhingga kepada Dr. Mohd. Rushdan YDP PIBG dan semua AJK PIBG atas sokongan selama ini. Rupa-rupanya mereka juga mendapat tempias ucapan tahniah dari ibu bapa dan masyarakat. Memang mereka berhak mendapat pujian tersebut kerana mereka telah mengubah pandangan komuniti dan lanskap hubungan PIBG - sekolah.
     Sesungguhnya kejayaan ini menjawab banyak perkara termasuk perpindahan beberapa orang murid ke Putrajaya dua tahun lepas, cabaran warga banglo Kota Warisan, insiden petisyen, laporan polis, siasatan nazir, aduan kepada Menteri Pelajaran, KPM, JPN & PPD terhadap Guru Besar dan macam-macam lagi. Semua itu adalah pengalaman paling berharga buat guru-guru SKKW dan pencetus semangat dalaman buat seorang saya insan kerdil di bumi yang fana. Ewah ewah!

 Mesyuarat malam sebab nak bagi can kat En. Nor Aziz NYDP hadir. Sekali-sekali bolehlah kot tapi kalau selalu tak larat juga cikgu-cikgu saya ni
Gumbira nampak!

Majlis Persaraan kak Saubiah

Petang semalam saya telah memenuhi undangan ke Majlis Jamuan Persaraan Pn. Hjh. Saubiah bt. Hj. Jaafar, Guru Besar SK Jenderam Hilir di Auditorium Lounge (Fakulti Kejuruteraan), UPM, Serdang. Majlis tersebut telah mengembalikan nostalgia kepada kak Saubiah kerana beliau pernah menuntut di universiti tersebut. Selain saya, GB lain yang turut hadir ialah Ph. Noredzan, Samilah, Hjh. Norlia dan Razak. Ustaz Ghani telah hadir mewakili Tuan PPD. Kak Saubiah ni adalah kakak kepada kawan sepengajian saya di IAB dan UPSI iaitu Hj. Kadir GB SK Tanjong Malim. Kepada kak Saubiah, Selamat Bersara. Moga berbahagia bersama keluarga tercinta.

Semoga kita berjumpa lagi kak

Bergambar kenangan dengan teman-teman GB dan ustaz Ghani

Syawal oh Syawal!

Cikgu Sa'diah; GPK1 yang juga guru Matematik Tahun 6 telah mencuit perasaan semua guru dan murid semasa sesi penyampaian hadiah kepada murid UPSR di perhimpunan semalam. Beliau memperkenalkan seorang murid beliau yang slow learner  tetapi sangat berdisiplin, rajin dan mendengar kata guru-guru. Nama murid istimewa ini ialah Noor Syawal bin Noor Shahruddin dari kelas 6 Wibawa. Syawal gagal dalam semua subjek kecuali Matematik yang diajar oleh Pn. Sa'diah. Pn. Sa'diah sangat terharu dengan keputusan Syawal tersebut dan telah menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada Syawal. Pn. Sa'diah berharap agar murid-murid lain yang jauh lebih sihat, normal dan berkebolehan daripada Syawal dapat mencontohi sikap Syawal.
 
Cikgu doakan Syawal berjaya di masa depan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...