Semasa perhimpunan pagi ini, saya telah mengambil kesempatan mengumumkan perkembangan yang baik ini kepada seluruh warga sekolah. Seramai 16 orang murid yang mendapat 5A (15 orang dari kelas 6 Rasional dan seorang dari kelas 6 Wibawa) serta 11 orang 4A 1B (9 orang 6 Rasional, seorang 6 Wibawa dan seorang 6 Ikhlas) telah diminta untuk tampil ke depan. Murid-murid dan guru-guru telah memberikan tepukan yang gemuruh kepada murid-murid cemerlang tersebut. Mereka juga telah diberi sedikit sumbangan daripada guru-guru Tahun 6 sebagai tanda penghargaan.
Guru Besar telah menyuntik semangat kepada rakan-rakan mereka yang lain dengan mengatakan mereka yang berdiri di depan perhimpunan tersebut sama saja dengan mereka yang lain. Tiada beza langsung dari aspek fizikal khususnya. Kalau mereka boleh, kita pun boleh. Tidak mustahil kepada sesiapa sahaja untuk berjaya dan menjadi cemerlang. Apa yang penting, lebihkan usaha, perbaiki kelemahan yang ada dan bertawakkal kepada Allah S.W.T.
Tahniah kepada semua murid 5A dan 4A 1B PKSR 2 ini. Adalah diharapkan keputusan UPSR tahun ini akan lebih baik daripada keputusan tersebut. Sama-sama kita doakan.
GB mengumumkan murid-murid yang mendapat 5A dan 4A1B
Sebahagian guru-guru kelas Tahun 6
Ini dia barisan murid-murid cemerlang Tahun 6 dalam PKSR 2
Ada ole-ole dari guru Tahun 6
Acik pun masuk senarai
Aiman anak Pn. Sa'diah
Nur Aqmar murid 6 Ikhlas membuktikan kelas lain juga berpotensi