Tuesday, August 24, 2010

Bengkel Hala Tuju Schoolnet

Hari ini saya bersama Penyelaras ICT SKKW; cikgu Zurina telah menghadiri "Bengkel Hala Tuju Schoolnet dan Peranan ICT dalam Pendidikan" di Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan langkah-langkah strategik dalam merangka hala tuju Projek Schoolnet di bawah RMKe-10. Bengkel ini adalah anjuran EPU dengan kerjasama pakar runding yang dilantik iaitu Boston Consulting Group (BCG).
   Bengkel telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai bahagian KPM, organisasi multimedia serta Pengetua / Guru Besar beberapa sekolah di Lembah Kelang dan Perak. Antaranya dari BTP, EPRD, BBT, BPK, BPSH, BPG, BPM,  IAB, MAMPU, SKMM, CIAST, MDC serta Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Sekolah yang dijemput pula bukan calang-calang - SMK Sri Puteri, Ipoh, SK Seri Bintang Utara, SMK Victoria, SK Pandan Perdana, SMK Kajang Utama, SK Bukit Bandaraya, SKKW dan SJK(C) Sg. Chua. (Heran juga terpilih - tapi tak kisahlah, orang dah jemput kita datang le)
   Kali pertama menghadiri bengkel melibatkan pegawai-pegawai atasan penggubal dasar ini, saya terasa kecillah sangat. Namun, enggan melepaskan peluang keemasan tersebut, saya turut menyuarakan pendapat dengan menyokong saranan yang telah dibahaskan iaitu mohon kerajaan membekalkan perjawatan luar norma untuk mengendalikan ICT di sekolah serta cadangan sekolah-sekolah diberi peruntukan dalam PCG untuk pembangunan ICT. (Harap kerajaan akan pertimbangkan)
   Keseluruhan perbahasan yang menggunakan medium Bahasa Inggeris itu sangat menarik lagi hangat. Pengerusi bengkel ; Pn. Azizah saya kira sangat berketrampilan dalam mengawal perdebatan dan membuat rumusan. Malahan semua ahli telah melontarkan idea yang sangat bombastik dengan cara yang begitu profesional.
   Harapan semoga pelaksanaan Projek Schoolnet di bawah RMKe-10 kelak akan dapat mengatasi segala permasalahan di sekolah yang merupakan end user perkhidmatan tersebut. Dengan ini, diharap tahap pendidikan akan terus cemerlang seiring dengan ledakan teknologi masakini dan masa depan.
Pertama kali menjejakkan kaki ke EPU

Pembentangan oleh pegawai Boston Consulting Group (BCG)
Peserta bengkel
Bergambar dengan boss EPU - Pn. Azizah
(Pn. Yeo GB SJKC Sg. Chua, Kajang - baru 2 hari bertukar dari SJKC Dengkil, Sepang)

1 comment:

  1. Semoga kemudahan ICT dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah demi meningkatkan kecemerlangan pelajar.Insyaallah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...