Thursday, August 5, 2010

PROKEP

Pada 30 Julai - 1 Ogos 2010 yang lalu, SKKW dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan aktiviti perkhemahan untuk murid-murid Tahun 4 dan 5. Program ini dikenali sebagai Program Kecemerlangan Pelajar (PROKEP).  Ia telah diadakan di Kem Iman D'Semungkis, Hulu Langat, Selangor. Program ini menggabungkan aktiviti Panitia Pendidikan Islam serta Unit Bimbingan dan Kaunseling.
   Ia dirancang bagi mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya mempertingkatkan ilmu pengetahuan, membina jati diri dan menanam perasaan kasih sayang yang padu terhadap ibu bapa. Seramai 72 orang murid Tahun 4 dan 66 orang murid Tahun 5 telah mengambil bahagian. Jom kita saksikan rakaman gambar-gambar sepanjang program 3 hari tersebut....
Beratur semasa pendaftaran di dewan terbuka
Menikmati makan malam
Pemandangan kem di waktu pagi
 Menikmati sarapan
Aktiviti dalam dewan bersama fasilitator
Ceria bersama rakan-rakan semasa aktiviti dalam dewan
Perlawanan bola baling antara kumpulan
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YDP PIBG
Dah sampai sekolah...semua ibu bapa membawa pulang anak masing-masing

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...