Tuesday, August 3, 2010

Min

Hari ni hari terakhir Min @ Aminah bertugas sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) sementara menggantikan Ina yang bercuti bersalin. Esok Ina akan melapor diri semula. Terima kasih banyak buat Min atas jasa-jasa Min kepada murid-murid dan warga sekolah ini. Dua bulan bersama beliau amat menyeronokkan. 
   Sebenarnya Min dah beberapa kali menggantikan guru bersalin. Min ni kecil molek orangnya, lemah lembut dan rajin, baik semasa menjadi guru dulu maupun sebagai PPM. Moga pada masa depan, Min akan sudi menjadi Guru Ganti atau PPM Ganti di sekolah ini lagi.
Min yang duduk bertudung hijau tu
Jemput datang lagi ke pejabat kami ya Min

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...