Tuesday, November 30, 2010

Cat pagar

Lama dah terima tong-tong cat dari PPD. Kami dah cat dewan dan beberapa tempat kat sekolah tu tapi masih ada lebih. Kesempatan cuti sekolah ni, saya minta tolong pekerja-pekerja swasta sekolah tu cat pagar. Untuk mengecat keseluruhan pagar luar dalam, macam tak cukup. So, saya minta mereka catlah setakat yang ada. 
   Kerja-kerja mengecat dah dimulakan sejak Jumaat lepas. Hari ni kata Wak Jaman, cat merah dah habis. Orait, belilah setong untuk mengimbangi cat kuning. Jadilah tu....
Kerja-kerja mengecat dilakukan oleh En. Jaman dan En. Jamil. Anak En. Jamil turut membantu
Cantik dah pagar sekolah
Morietta bertugas hari ni, Diana pula buat kerja sikit lepas habis pantang
Odie dan Zanie ceria sokmo
Hari ni terima 90 buah kerusi dan meja murid
Tumpang kejap kat bilik Disiplin
Pagi tadi pegawai dari Pejabat Kesihatan datang buat pemeriksaan aedes. Syukur tak ada jentik-jentik yang ditemui......
Kerja-kerja membaiki tandas prasekolah telah dimulakan sejak semalam. Terima kasih JPS dan PPD....

6 comments:

  1. Nampak cantik dan berseri dah pagar tu. :)

    ReplyDelete
  2. salam Kak Aida..
    molek la tu...bagi mereka
    aktiviti mengindahkan sekolah
    tidaklah mereka rasa senang2
    nak conteng nanti

    ReplyDelete
  3. Musim keceriaan sebelum sekolah dibuka. Barulah ceria sekolah tu.

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu.
    Barulah bersemangat guru dan murid di tahun baru 2011 nanti. Ceria dan segar mata memandang.
    Keep it up!

    ReplyDelete
  5. Salam kakcik, Zul, Faris, mantan dan Roha. Terima kasih sudi menjenguk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...