Thursday, November 11, 2010

Keputusan UPSR

Hari ini keputusan UPSR diumumkan. Diringkaskan cerita, berikut adalah keputusannya:
5A       : 14 orang
4A 1B : 18 orang
GPS    : 1.86
Pemahaman : 98.3%
Penulisan      : 91.5%
B.Inggeris     : 92.3%
Matematik    : 98.3%
Sains            : 95.7%
Keseluruhan : 87%
Tahniah buat murid yang memperoleh keputusan 5A :
1.   Mohamad Nafiz bin Rosli
2.   Firzana Nasyita Riza binti Muhammad Rizal
3.   Arman Syafieq bin Zainuddin
4.   Farah Alissa binti Khairul Anuar
5.   Fathimah Azzahra binti Mohamed Lotfe
6.   Muhammad Aiman bin Yazaly
7.   Nur Afina binti Muhammad Ariff Shah
8.   Nur Fadzlin binti Mohd Fadzil
9.   Nur Natasha binti Roslan
10. Nur Salsabiela binti Affendy Azam
11. Nurul Adila Riza binti Saharudin
12. Qistina Haq binti Fazlul Haq
13. Yasmin Adlina Izzati binti Muhammad Nor
14. Aina Hadirah binti Mohd Rozman
   Tahniah juga buat semua guru Tahun 6 yang telah bertungkus-lumus selama ini. Dan yang lebih manis ialah SKKW mendapat tempat ke-2 peringkat daerah Sepang di belakang SK Cyberjaya! Tahniah! Tahniah! Tahniah!
Guru-guru daerah Sepang mengambil keputusan UPSR di SK Salak
Kami dimaklumkan keputusan hanya boleh diumumkan selepas pukul 10.00 pagi
Pn. Shikin dan Pn. Siti Zubaidah meneliti keputusan setelah menerimanya daripada pegawai PPD Sepang
Guru-guru Tahun 6 mencatat analisis UPSR di PSS
Pukul 10.15 pagi, GB membuat pengumuman
Murid-murid mendengar taklimat GB penuh debaran
Murid-murid 5A dan 4A 1B dipanggil naik ke atas pentas
Bergambar dengan murid-murid 5A
Tahniah buat 32 orang murid 5A dan 4A 1B!
(Sorry Sharifah Syaza Aida binti Syed Agail yang juga mendapat 4A 1B - terlepas pandang tak terumum tadi)
Antara ibu bapa yang hadir
Bersama wakil Petronas Dagangan Berhad (PDB) - Pn. Aslinda dan Pn. Noriaini. Mereka menyatakan pihak pengurusan PDB akan meneruskan projek khidmat sosial (CSR) mereka di sekolah ini tahun depan. Terima kasih!
Menghadiri jamuan pra
(Tahniah buat Acik yang memperolehi 4A 1B - rekod keluarga kita tu)

10 comments:

  1. Tahniah buat yg berjaya..
    yg belum berjaya..cuba lagi..perjuangan masih belum tamat dan just starting..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Cikgu Aida. Subjek terendah BM Penulisan dgn keseluruhan adalah relevan kerana kurang dari 5%. Jika lebih 5%, ini bermakna kita punya headcount tak dilaksanakan sepenuhnya. Apa yang penting ialah GPS yang below 2 yang membawa maksud kualiti murid yang lulus pada tahap cemerlang adalah ramai.

    Teruskan usaha murni dan perkemaskan lagi program2 untuk tahun mendatang. Tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam Lana~Bulu. Terima kasih atas kata-kata semangat itu.

    Salam Faris. Thank you boss. Kalau ada projek baik, passkanlah kat sekolah saya.

    ReplyDelete
  4. Salam..Tahniah dari kami di PDB. Semoga SKKW akan terus cemerlang pasa masa akan datang.

    Tahniah kepada semua murid walaupun mungkin mereka kurang cemerlang pada UPSR kali ini; kami percaya mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.

    Kami juga berharap dapat meneruskan projek seperti ini di SKKW atau di sekolah2 yang memerlukan.

    Terima kasih - Aslinda, PDB

    ReplyDelete
  5. Salam Linda. Terima kasih banyak atas usaha murni PDB kepada sekolah kami. Semoga PDB dapat meneruskan lagi pada tahun-tahun depan. Kalau cakap pasal sekolah-sekolah lain yang memerlukan, semestinya mereka menanti projek seumpama itu dibuat juga di sekolah mereka. Kecil tapak tangan, padang bola kami tadahkan.

    ReplyDelete
  6. TAHNIAH warga SKKW! Apa yang disemai, itulah yang dituai. Semoga cemerlang tahun-tahun seterusnya. Tapi yang tak cemerlang jangan dilupakan, ye?

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum,

    Tahniah kepada semua warga SKKW... GB yg kental menjadi pengemudi.. merancang.. pemberi semangat, semua guru thn 1 hingga thn 6 yg menjlnkan amanah dgn bertungkus lumus, pelajar2 yg berusaha dgn gigih sekali & semua staff yg memberi sokongan... tiada mereka siapalah kita...

    Yg berjaya teruskan langkah anda... yg kurang berjaya, jgn kecewa.. jgn leka.. usaha pd exam yg lain... insyaAllah sampai rezeki bila kita berusaha...

    Sesungguhnya Allah tidak menilai akan kejayaan tetapi Allah menilai akan usaha kita...

    ReplyDelete
  8. Salam kak Nora. Insya Allah akan saya ingat pesan akak tu. Bahkan kebanyakan daripada kita bermula daripada tak cemerlang. Moga anak-anak yang tak berpuas hati dengan keputusan mereka tidak berputus asa. Usaha lagi untuk mencapai kejayaan dalam PMR, SPM dst.

    Salam cikgu Rash. Usaha yang ikhlas jika dikurniakan dengan kejayaan sesungguhnya amatlah manis. Jangan lupa kita harus sentiasa bersyukur kepada Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  9. tahniah kepada semua cukgu, murid2 dan ibu bapa yg anak anak telah memcatit kejayaan, perjuangan masih jauh teruskan berusaha..

    ReplyDelete
  10. Salam zino. Tkasih atas ucapan tahniah tu. Kepada yang tak mencatat kejayaan pun patut diucapkan tahniah kerana berjaya mencatat sedikit peningkatan. Bukan kejayaan 5A sahaja ukuran sesebuah kejayaan!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...