Bateri pam air blok B terbakar dipercayai akibat panahan petir Jumaat lepas
Salmi menunjukkan kesan terbakar
Selain bateri, DB di bilik pam air itu juga tidak berfungsi. Wakil pemaju - En. Faiz telah datang melihat dan memberikan khidmat nasihat. Anggaran untuk pembaikian mahal juga, mana sekolah ada duit...
Air bertakung di depan bangunan sekolah
Wak Jaman menunjukkan kawasan paip dalam tanah yang bocor
Menurut En. Faiz, masalah kebocoran air itu di luar tanggungjawab pemaju. So, sekolahlah yang kena ambil tindakan. Banyak bil tu nanti. Saya pun menghubungi Pegawai Pembangunan PPD; En. Mohd. Dom yang mengambil maklum dan meminta sekolah menghantar surat berserta gambar. Baik, tuan!
Tak lama selepas itu, En. Samsudin - Penyelia Pembangunan PPD Sepang muncul. Rupa-rupanya, beliau baru selesai melawat tapak prasekolah ke-4 kami dan meninjau perkhidmatan pengawal keselamatan dan pembersihan swasta. Ada 2 tiang prasekolah baru tu yang didapati senget. Gitu pulak! Ok tuan, nanti saya hubungi kontraktor pembinaan prasekolah yang berkenaan.
En. Samsudin juga dapat mengenalpasti kepincangan urusan kawalan keselamatan dan pembersihan swasta khususnya dari aspek gaji dan kebajikan pengawal dan pekerja mereka. Memang kesian, semoga nasib guard dan pekerja swasta akan lebih terbela.
En. Samsudin juga dibawa melawat ke tempat-tempat kerosakan...
Bilik DB elektrik yang rosak diseal oleh pihak sekolah - berkarat dek titisan air dari tingkat atas
Lantai bilik pam tingkat 1 juga basah
Sekembali En. Samsudin, saya pun menulis lagi surat ke PPD memohon kerja-kerja segera untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut. Harap-harap, janganlah berlaku perkara-perkara yang tidak diingini....