Friday, October 7, 2011

Kolokium PBS

Balik dari Shanghai, esoknya pada 4.10.2011 saya telah menghadiri Kolokium Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Institut Aminudin Baki (IAB) Genting yang berakhir pada 6.10.2011. Tiga hari di IAB, seronok juga dapat reunion dengan kak Mala, kak Nab dan kak Zah. Banyak ilmu pengetahuan dapat diperolehi hasil pembentangan kertas dan perkongsian bersama ahli panel forum.
   Menariknya, salah seorang teman GB Sepang iaitu En. Sukimin Juki merupakan salah seorang ahli panel forum. Rakan-rakan saya memuji pembentangan yang disampaikan oleh Sukimin. Jelas dan menarik serta penuh info. Syabas dan tahniah buat Sukimin! Dari ruang audien, saya tumpang bangga. 
Dengan kak Nab dan kak Mala di belakang kereta Honda City kak Nab
Teringat kenangan lama semasa di IAB
Cameraman macho
Kolokium diadakan di Auditorium Dato Razali Ismail
Buku program
Pembantang Kertas 1 - Dr. Othman Lebar UPSI
Pembentang Kertas 2 - Dr. Jamil Adimin Timbalan Pengarah Khidmat Latihan, IAB
Pembentang Kertas 3 - En. Adam Adas GB SK Ismail 1, Muar, Johor
Moderator - Dr. Zaiton Ismail IAB
Pembentang kertas 6 : Tn. Hj. Mat Sudin Taupek (GB SK Sg. Bumbung (A) K. Langat)
Kak Mala (Perak), kak Zah (Penang) dan kak Nab (Melaka)
Demi Masa
Teman lama
Pengacara majlis - Pn. Nor Laila Kuslan
Forum dipengerusikan oleh Dr. Jamil
En. Sukimin Juki GB SK Taman Putra Perdana, Sepang salah seorang ahli panel
Datin Azizah - GB SK Infant Jesus Convent, Johor Bahru
Sukimin melontarkan pengalamannya
Penuh konfiden
Tahniah buat Sukimin
Perasmian penutup oleh Dr. Zainab bt. Hussin (Timbalan Pengarah Khidmat Profesional IAB)
Balik tumpang kereta kak Nab - singgah makan di Secret Recipe, Gombak
Jumpa lagi di kolokium yang akan datang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...