Monday, October 3, 2011

Pemantauan PSS selesai

Khamis lepas selesai sudah pemantauan PSS Cemerlang oleh pegawai-pegawai dari BTPN Selangor. Tahniah buat GPK 1 Pn. Shikin, Guru Media Pn. Normi serta semua guru dan staf yang telah memberi seluruh komitmen dalam menghadapi pasukan pemantau tersebut. Walaupun saya tidak dapat bersama, daripada laporan saya dimaklumkan tuan-tuan dan puan-puan telah memberi yang terbaik dan mendapat komen yang memberangsangkan daripada panel penilai. Syukur dan tahniah. Lihat blog PSS SKKW di sini.
   Hari ini rupanya tak jadi pula pemantauan Bilik Sumber PPDa. Tangguh ke hari Rabu depan 12.10.2011. Bermakna ada masa lagi untuk buat persediaan. Semoga kita akan berjaya juga dalam perjuangan ini. Lihat pula blog PPDa SKKW di sini.
   O..o.. sepucuk surat yang difax oleh KPM meminta saya menghadiri taklimat sekolah band 2 Zon Tengah (Selangor, KL dan Putrajaya) pada 11 - 13.10.2011 ni di Shah Alam. So, tak dapatlah saya bersama pada hari pemantauan PPDa itu nanti. Semoga GPK HEM Pn. Asnah dapat menggalas misi perjuangan kita kelak. Buat guru-guru, kekalkan momentum yang tinggi itu. Semoga Berjaya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...