Selain bersembang, bercakap melalui telefon dengan emak, Along Ana dan Angah Bakar, kami melihat album lama kot-kot ada gambar lama. O..o.. tak adalah pulak. Yang ada gambar beberapa kawan sepermainan kami masa sekolah rendah dulu. Gambar-gambar hitam putih banyak kat kampung. Tak dilepaskan peluang ialah berposing dengan Nor. Anak Nor - Sodiq jadi cameraman.
Tak lama kemudian Along Ana pun tiba dari Putrajaya. Memang seronok flashback cerita-cerita lama kami semasa sama-sama tinggal di Railway Quarters, Jalan Barry, Kuala Lipis, Pahang terutama main galah panjang. Kami kerap ke rumah Master Omar untuk mendapatkan air batu dan menonton tv. Almaklumlah rumah kami tak ada bekalan elektrik lagi masa tu. Pada tahun 1975, kami pun berpisah...
Terima kasih atas usaha murni Nor itu. Sebagai isteri bekas Wakil Rakyat, Nor memang memiliki ciri-ciri prihatin yang tinggi. Semoga Nor akan terus berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Hingga berjumpa lagi, bye..
Pertemuan setelah 37 tahun
Anak ke-2 Nor : Sodiq
Reunion bersama Along Ana
See you Nor..
Memang banyak kenangan lama yang dulunya pahit untk dilalui menjadi manis untuk diceritakan bila dah lama tak ketemu, ya!
ReplyDeleteBetul tu IM. Kesempatan berblog ni, tercoretlah kenangan manis tersebut... Semoga silaturrahim bersambung
ReplyDelete