Saturday, October 22, 2011

Nurani Rakyat

Pagi ni seramai 1500 orang warga pendidik daerah Sepang telah diarah menyambut TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil bersarapan pagi dalam Program Nurani Rakyat Menteri Pelajaran di SJK(C) Dengkil. Jumlah tersebut termasuklah 40 orang guru SKKW. 
   Ramai dari kalangan guru telah tiba di sekolah seawal jam 7.00 pagi. Mengikut perancangan, sepatutnya kami dibawa oleh sebuah bas tetapi yang muncul adalah sebuah van. Kemudian van tersebut kembali bersama 2 buah van lain setengah jam kemudian. Majlis habis pada jam 9.30 pagi dan kami balik semula dengan menaiki van yang sama...
Van yang dinaiki oleh GB dan GPK
Bergambar di celah-celah orang ramai
Mimi pun sibuk ambil gambar
Bersama Pn. Asnah
Bersama kumpulan Orang Asli yang berpakaian tradisi
Dewan terbuka SJKC Dengkil
Beratur mengambil sarapan
Banner digantung menyambut TPM
Adibah dan Maria di meja utama
Bersama isteri Datuk Noh Omar (Prof. Datin Dr. Aishah Salleh) , isteri Dato' Sri Ir. Mohd. Zin (Datin Sri Azlina Ahmad) dan Pengetua Sekolah Seri Puteri (Hjh Rashidah Md Arif)

4 comments:

  1. pergh..ramai giler sampaikan seroja x dapat makan kat dalam...ada station pinggan habis...ada station makanan habis...tp org ramai lagi beratur simpang siur...last2 kan.................................................................................................................................cikgu noredzan mengetuai kami sarapan di gerai berhampiran lantaran kesian kat kami ni....hihi...

    ReplyDelete
  2. Kesian emi & kwn2. Saya pun nampak kelemahan perkhidmatan katering tadi. Mujur ada GB yang prihatin, sabar jelah...

    ReplyDelete
  3. Zino : Meriah memang meriah tapi bak kata driver van tadi; tempat sangat tidak strategik - sempit dan masalah parking.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...