Monday, October 31, 2011

Macam-macam rosak

Baru 2 minggu lepas saya menghantar surat permohonan ke PPD untuk kerja-kerja membaiki distribution board (DB) elektrik di antara blok C dan D yang rosak akibat tiang basah, hari ini kami mengesan dua lagi kerosakan dan masalah baru...
Bateri pam air blok B terbakar dipercayai akibat panahan petir Jumaat lepas
Salmi menunjukkan kesan terbakar
   Selain bateri, DB di bilik pam air itu juga tidak berfungsi. Wakil pemaju - En. Faiz telah datang melihat dan memberikan khidmat nasihat. Anggaran untuk pembaikian mahal juga, mana sekolah ada duit...
Air bertakung di depan bangunan sekolah
Wak Jaman menunjukkan kawasan paip dalam tanah yang bocor
   Menurut En. Faiz, masalah kebocoran air itu di luar tanggungjawab pemaju. So, sekolahlah yang kena ambil tindakan. Banyak bil tu nanti. Saya pun menghubungi Pegawai Pembangunan PPD; En. Mohd. Dom yang mengambil maklum dan meminta sekolah menghantar surat berserta gambar. Baik, tuan!
   Tak lama selepas itu, En. Samsudin - Penyelia Pembangunan PPD Sepang muncul. Rupa-rupanya, beliau baru selesai melawat tapak prasekolah ke-4 kami dan meninjau perkhidmatan pengawal keselamatan dan pembersihan swasta. Ada 2 tiang prasekolah baru tu yang didapati senget. Gitu pulak! Ok tuan, nanti saya hubungi kontraktor pembinaan prasekolah yang berkenaan.
   En. Samsudin juga dapat mengenalpasti kepincangan urusan kawalan keselamatan dan pembersihan swasta khususnya dari aspek gaji dan kebajikan pengawal dan pekerja mereka. Memang kesian, semoga nasib guard dan pekerja swasta akan lebih terbela.
  En. Samsudin juga dibawa melawat ke tempat-tempat kerosakan...
  Bilik DB elektrik yang rosak diseal oleh pihak sekolah - berkarat dek titisan air dari tingkat atas
Lantai bilik pam tingkat 1 juga basah
   Sekembali En. Samsudin, saya pun menulis lagi surat ke PPD memohon kerja-kerja segera untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut. Harap-harap, janganlah berlaku perkara-perkara yang tidak diingini....

O Yun merajuk

Tengoklah gelagat O Yun - murid pendidikan khas kami....
Penat kot lepas perhimpunan tadi
Pn. Shikin menghampiri
Jom ikut teacher, jom

Terima kasih PSS

Sebagai tanda penghargaan, pagi tadi telah diadakan Majlis Penyampaian Hamper sempena Pertandingan Sudut Panitia Bulan PSS Mei lalu. Ketua-ketua panitia dan wakil telah menerima hamper tersebut daripada Guru Besar. Terima kasih PSS!
Rosmawati - Ketua Panitia Kemahiran Hidup
Inda - Sains
Izan - Seni
Mazu - Matematik
Maria - B.Inggeris
Siti Jamilah Husin - Agama Islam
Chan - Bahasa Cina
Khairul - Guru BM paling banyak bawa murid masuk PSS
Hari ni tema plain
Orang pejabat pun ikut plain

Sunday, October 30, 2011

Program Pasca UPSR

Walaupun UPSR telah berlalu, murid-murid Tahun 6 tetap hadir ke sekolah setiap hari. Selain belajar seperti biasa, banyak program telah dirancang dan dilaksanakan melibatkan mereka. Ini bertujuan bagi mencungkil bakat, menanam jati diri dan menyemai semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan:
1)   Azan
2)   Nasyid
3)   Sajak
4)   Sudoku
5)   Pakaian beragam
6)   Spelling idol
7)   Play dough
8)   Nyanyian solo
9)   Treasure hunt
10) Talent time
11) Replika gunung berapi
12) Futsal
13) Kraftangan
   Berikut adalah sebahagian gambar aktiviti... 
Johan pasukan futsal lelaki
Murid-murid sedang menyulam manik
Juri-juri pertandingan gubahan
Bakal Bilal
Making volcano

Shopping 3 beranak

Sedang orang sibuk nak tengok final Piala Malaysia lepas Maghrib tadi, saya, Ayu dan Alang bersiap nak ke Jaya Jusco Seri Kembangan.  Apa lagi - shopping le. Sukalah diorang dapat baju baru. Saya belilah juga sehelai t-shirt. Kat kaunter, sempat berposing lagi dengan handphone baru Ayu...
Tembam semacam je muka masing-masing

Thursday, October 27, 2011

Shooting Asuh

Hari ini SKKW dikunjungi oleh 2 orang wartawan dan jurugambar majalah ASUH. Mereka datang untuk menemuramah dan mengambil gambar-gambar aktiviti di sekolah untuk dimuatkan ke dalam majalah Asuh. Insya Allah keluaran Januari 2012 nanti, keluarlah berita dan gambar kami.
   Di sekolah, kebetulan berlangsung 2 program istimewa iaitu Majlis Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir murid-murid Pendidikan Khas serta pertandingan talentime murid-murid Tahun 6. Selepas menemuduga GB, kedua-dua wartawan dan jurugambar Asuh itu dibawa meraikan majlis di bilik PPKI dan dewan terbuka tersebut. Kemudian, mereka diiringi oleh ustazah Asiah ke beberapa kawasan menarik sekitar sekolah dan kelas untuk aktiviti penggambaran.
   Terima kasih diucapkan kepada krew majalah Asuh yang telah memilih SKKW sebagai lokasi bagi tatapan pembaca seluruh negara. 
Anikah mempengerusikan majlis di bilik PPKI
Jurukamera Asuh - Anis mengambil gambar
Ucapan GPK Pendidikan Khas - Pn. Nor Mi Aw. Nik
Salmi dan Ustaz Zul berbincang dengan Pn. Noraishah di Dapur Mesra
GB memberi kata-kata semangat dan tahniah
Sebahagian ibu bapa yang hadir
Penyampaian hadiah hari lahir
Merakam gambar-gambar menarik
Anugerah Murid Paling Rajin - Danish
Anugerah Murid Berpakaian Kemas - Nur Syamila
Anugerah Murid Berdisiplin - Amirshah
Anugerah Pakaian Tercantik - Muhd Khairi
Acara memotong kek
"Allah Selamatkan Kamu...."
Menjamu selera bersama krew Asuh di bilik GPK P.Khas
Ibu bapa turut menikmati jamuan
Guru-guru PPKI sibuk melayan tetamu
Pertandingan pasca UPSR - talentime di dewan
Para hakim yang bijaksana
Sebahagian penonton dan peserta
Shooting lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...