Esok saya akan mula kerja setelah cuti 2 minggu + mesyuarat PTK seminggu sebelum tu. Antara tempat yang saya dan keluarga berjalan ialah balik kampung di Kuala Krau, Pahang, pi Penang, Genting, Johor dan family day di Sunway Lagoon semalam. Dalam tempoh cuti tu, kepala hotak ni dok fikir pasal kerja aje. Pasal NKRAlah, yuranlah, cikgu dan kerusi meja tak cukuplah walhal 5 kelas lagi nak buka.
Sekolah KAFA masih belum bayar 7 bulan bayaran premis. Habislah audit tahun depan. Ketua Guru tu kata : akan diusahakan.... Tahun depan bil utiliti kerajaan tak tanggung dah, sekolah kena bayar sendiri. Bil elektrik sekolah saya tiap-tiap bulan hampir RM2,000.00. Mana taknya; design and build. Pejabat, bilik guru, pusat sumber, bilik mesyuarat, makmal komputer semuanya aircond tanpa kipas. Berat ni. Kalau mereka bayar pun hutang tahun ni, tahun depan kena buat MoU format baru nampaknya - share bayar bil utiliti..... Buat mereka liat bayar macam tahun ni, mana saya nak cekau duit?
Apapun, esok ada mesyuarat New Deal NKRA tu. Lama tak jumpa PPD dan kengkawan. Mesyuarat minggu lepas, GPK1 saya yang mewakili saya cakap Tuan PPD tanya saya. Bila GPK saya cakap, saya bercuti, PPD kata nak kena minta surat tunjuk sebab. Aduhai, sedih. Padahal Tuan PPD tu sendiri yang sign surat cuti saya tu dulu. Sabor jelah.
Sunday, December 20, 2009
Friday, December 18, 2009
Salam Maal Hijrah 1431
Semoga Tahun Baru Hijrah ini akan membuka ruang penghijrahan yang lebih bermakna buat kita semua.
Allahu Akbar!!!
Allahu Akbar!!!
Sunday, December 13, 2009
Kenduri perkahwinan anak Pah
Tadi saya dan keluarga sempat menghadiri kenduri perkahwinan anak member kamceng masa kat UPSI; Sharifah bt. Yusof GB SK Taman Ehsan. Wow besarnya majlis. Khemah serba hijau 10 buah, semua kerusinya berbalut kain putih beriben hijau lagi. Disediakan juga 4 buah khemah di padang awam depan rumahnya untuk ahli keluarga dan jemputan duduk-duduk selepas makan. Bagus idea tu - tak adalah tetamu cepat nak balik sebab kena bangun nak bagi kerusi kat tetamu lain. Saya dan keluarga yang dah kekenyangan sebab baru makan kenduri kat rumah En. Zainudin Basuni cc PPD Sepang di Olak Lempit hanya menjamah bubur kacang dan kuih-kuih yang disediakan. Panas-panas dan sedap juga.
Bergambar dengan emak pengantin yang ceria
Sempat lagi bergambar dengan kedua mempelai. Selamat Pengantin Baru buat Aizad dan isteri
Minggu Maal Hijrah Kota Warisan
Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah mengadakan Sambutan Maal Hijrah selama seminggu secara berterusan bermula 11 hingga 19 Disember 2009. Banyak aktiviti pendidikan, kemasyarakatan dan ceramah telah dirancang untuk mengisi ruang dan kesempatan hari kebesaran Islam ini. Program ini telah mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Sepang, Persatuan Penduduk Megah Villa Kota Warisan, Jawatankuasa Perunding Penduduk Kota Warisan, PIBG SK Kota Warisan, SKKW dan KAFA Integrasi Al-Muhajirin. Minggu Maal Hijrah ini adalah program tahunan kali kedua telah diadakan oleh kariah surau. Setinggi-tinggi syabas diucapkan kepada AJK surau khasnya, dan semua penduduk Kota Warisan amnya. Marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada program ini.
Brosur Sambutan Maal Hijrah 1431H
Malam Kesenian Islam di dewan SKKW malam 12.12.09
Salah satu di antara 6 banner Minggu Maal Hijrah
Kumpulan Nasyid Al-Hawra memang hebat!
Sebahagian penonton yang hadir
En. Munir Randau begitu tekun membuat rakaman
Ustazah Mumtazah memberikan ucapan alu-aluan semasa Ceramah Motivasi Hari Muslimat pada pagi 13.12.09
Sebahagian muslimat yang hadir
Bergambar kenangan bersama penceramah
Wednesday, December 9, 2009
Cuti-cuti 1 Malaysia
Gambar Edy di R&R Bukit Merah. Baru tau pasal 8 nilai 1 Malaysia ni. Tapi boleh ke meritokrasi dan pendidikan dikategorikan sebagai nilai? Macam pelik aje. Sepanjang saya mengajar Moral yang mengandungi nilai-nilai murni tu, tak pernah pula saya mengajar dua nilai ini.....
Saturday, December 5, 2009
Nostalgia di hari lahir
Hari ini 5 Disember 2009 ialah hari jadi saya yang ke-???? (kwang..kwang..kwang). Saya dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Masa tu, ayah saya kerja keretapi. Ayah saya pencen pun di K.Lipis tahun 1989. Keluarga saya pernah tinggal di kuarters keretapi di Jalan Barry dan Batu Kurap. Saya bersekolah di SR Clifford, SMRK (Semarak) K.Lipis dan SM Clifford sebelum saya masuk Maktab Perguruan Kuantan, Pahang. Keluar maktab, saya mengajar di Jengka 23, kemudian ke Selangor, W.P. Labuan dan Selangor semula.
Sejak ayah bersara dan balik kampung di Melaka, saya cuma pergi sekali je ke Lipis tu. Sebenarnya banyak kenangan saya di Lipis tapi tak banyak gambar. Yang ada pun gambar kat sekolah. Semoga gambar-gambar ini akan mengembalikan nostalgia buat diri saya dan rakan-rakan yang berkenaan.
1973 - Bergambar di studio K.Lipis
Belakang : saya, Angah Bakar, Along Ana
Depan : Along Nizah, Ijam, Ita
1970 - Darjah 1 SR Clifford, Kuala Lipis.
Saya berdiri barisan tengah dari kiri no. 6
1971 - Gambar dari majalah sekolah SR Clifford
Saya duduk hujung sekali kanan
1971 - Gambar dari majalah sekolah SR Clifford
Saya duduk hujung sekali kanan
1979 - Tingkatan M5A2 SM Clifford
Saya berdiri barisan tengah dari kiri no. 5
1980 - Tingkatan 6R2 SM Clifford
Saya berdiri barisan tengah dari kiri no. 7
1981 - Tingkatan 6A2 SM Clifford
Saya berdiri barisan tengah dari kiri no. 3
Thursday, December 3, 2009
Pantun famili Hjh. Ariyah
Atas permintaan, di sini saya abadikan pantun-pantun yang saya cipta dalam tempoh satu malam yang telah saya persembahkan sebagai memenuhi amanah emak bagi memperkenalkan ahli keluarga saya masa Family Day hari tu. Saya akui ada banyak kecelaruan rima dalam pantun ini hasil adaptasi kontemporari tahap minimum. Semasa saya membacakan bait-bait pantun ni, si empunya diri diminta mengangkat tangan. Tq atas kerjasama semua dan maaf kalau ada yang tak menepati / menyentuh hati.
Awal Bismillah pembuka bicara,
Selamat Datang Salam Sejahtera;
Hari Keluarga dan Hari Raya,
Tahniah diucap buat semua.
Tiba giliran keluarga Ariyah,
Izinkan saya untuk mewakili;
Walaupun kami ketiadaan ayah,
Kenangan bersamamu tetap di hati.
Warna hijau tema kami,
Pilihan bonda sejak dahulu;
Warna Islam warna bumi,
Tenang dan sejuk pakailah selalu.
Hajjah Ariyah aset kami,
Dialah emak dan nenek terbaik;
Pengorbananmu banyak tidak terperi,
Idola kami setiap detik.
Arwah Mohd Ali ayah penyabar,
Banyak berjasa selama hayatnya;
Menyayangi cucu kecil dan besar,
Semoga Allah mencucuri rahmatNya.
Kami semua 9 beradik,
Yang nombor 1 namanya Rohana;
Masih single orangnya cantik;
Hobinya gemar pergi berkelana.
Along Ana kerja kerani,
Tinggal di kuarters Putrajaya;
Di Cheras ada rumah sendiri,
Siapa dapat cuci kaki la.
Anak ke-2 Abu Bakar,
Isterinya Nur Jannah di tanah suci;
Beliau suka buat kelakar,
Kalau bercerita tak kering gusi.
Anak Bakar ada 3 orang,
Yang sulung bernama Mohd. Amir Farid;
Farah dan Solihin adik penyayang,
Mereka suka senyum meleret.
Anak ke-3 saya sendiri,
Rohaidah nama diberi;
Roslan Mat Tahar nama suami,
Berulang ke Johor mencari rezeki.
Kami punya 5 cahaya mata,
Rohaizzad belajar di UTHM;
Rose Idayu pula anak ke-2,
Pelajar UTP sedang praktikum.
Yang ke-3 Rose Emilda,
Tingkatan 4 di Teknik Sepang;
Rohisyam adiknya hensem ada,
Rozaidi si adik asyik nak menang.
Anak seterusnya Along Nizah,
Amran Hamid nama suaminya;
Pulau Gadong tempat yang indah,
Di situlah tinggal seisi keluarganya.
Along mempunyai 2 orang buah hati,
Afri si buah hati pertama;
Maaf tak dapat hadir anak SPM ulangkaji,
Adiknya bernama Arnidia.
Nor Aizam anak seterusnya,
Isterinya Norazalina nama macam serupa;
Duduk di Beranang sekian lama,
Mempunyai 3 orang anak teruna.
Anak pertama Nasrul Aiman,
Nak periksa UPSR tahun depan;
Nabil Zikri hero kesayangan,
Adik Akmar terkenal tampan.
Anita Mak Lang paling dermawan,
Disayangi oleh anak-anak buahnya;
Pak Lang Jurie pun tiada tandingan,
Sekali bersuara banyak ilmunya.
Semalam Ita beritahu saya,
Nama bakal putera-puterinya;
Tapi itu semua rahsia,
Doa-doakan moga dimakbulkan segera.
Anak seterusnya Pakcik Azmi,
Isterinya Nor Azura orang Klang;
Jaguh bowling seantero negeri,
Selalu ke surau bila sembahyang.
Noor Azyan Najla permata hati,
Cute comel pandai bergaya;
Sepupu-sepupu sangat meminati,
Tanyalah mereka kalau tak percaya.
Anak second last ialah Zanariah,
Mak Teh Jaja nama timangan;
Tinggi lampai cantik bergaya,
Mengemas rumah itulah kegemaran.
Pendatang terbaru Pak Teh Zairul,
Pakar IT di pejabat MAIM;
Kalau bercakap berbakul-bakul,
Riuh rendah seluruh Jasin.
Anak bongsu Maksu Ella,
Nama sebenarnya ialah Suhaili;
Belajar di Ipoh, di Lendu bekerja;
Dengan emak teman sejati.
Hobi Maksu masak spaghetti,
Kek cokelatnya jadi igauan;
Mak kata dia suka manjakan diri,
Tapi sebenarnya suka berkawan.
Demikian tadi kisah kami,
Anak cucu Ariyah mohon berundur;
Salah silap harap dimaafi,
Semuanya semata-mata untuk berhibur.
Abang, kakak dan adik janganlah marah,
Kalau tercuit di sana-sini;
Di Hari Keluarga kita bergembira,
Ada rezeki kita buat lagi.
Dua, tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Dua, tiga boleh kucari,
Mana nak sama encek Che' Lon seorang.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dkenang juga.
Awal Bismillah pembuka bicara,
Selamat Datang Salam Sejahtera;
Hari Keluarga dan Hari Raya,
Tahniah diucap buat semua.
Tiba giliran keluarga Ariyah,
Izinkan saya untuk mewakili;
Walaupun kami ketiadaan ayah,
Kenangan bersamamu tetap di hati.
Warna hijau tema kami,
Pilihan bonda sejak dahulu;
Warna Islam warna bumi,
Tenang dan sejuk pakailah selalu.
Hajjah Ariyah aset kami,
Dialah emak dan nenek terbaik;
Pengorbananmu banyak tidak terperi,
Idola kami setiap detik.
Arwah Mohd Ali ayah penyabar,
Banyak berjasa selama hayatnya;
Menyayangi cucu kecil dan besar,
Semoga Allah mencucuri rahmatNya.
Kami semua 9 beradik,
Yang nombor 1 namanya Rohana;
Masih single orangnya cantik;
Hobinya gemar pergi berkelana.
Along Ana kerja kerani,
Tinggal di kuarters Putrajaya;
Di Cheras ada rumah sendiri,
Siapa dapat cuci kaki la.
Anak ke-2 Abu Bakar,
Isterinya Nur Jannah di tanah suci;
Beliau suka buat kelakar,
Kalau bercerita tak kering gusi.
Anak Bakar ada 3 orang,
Yang sulung bernama Mohd. Amir Farid;
Farah dan Solihin adik penyayang,
Mereka suka senyum meleret.
Anak ke-3 saya sendiri,
Rohaidah nama diberi;
Roslan Mat Tahar nama suami,
Berulang ke Johor mencari rezeki.
Kami punya 5 cahaya mata,
Rohaizzad belajar di UTHM;
Rose Idayu pula anak ke-2,
Pelajar UTP sedang praktikum.
Yang ke-3 Rose Emilda,
Tingkatan 4 di Teknik Sepang;
Rohisyam adiknya hensem ada,
Rozaidi si adik asyik nak menang.
Anak seterusnya Along Nizah,
Amran Hamid nama suaminya;
Pulau Gadong tempat yang indah,
Di situlah tinggal seisi keluarganya.
Along mempunyai 2 orang buah hati,
Afri si buah hati pertama;
Maaf tak dapat hadir anak SPM ulangkaji,
Adiknya bernama Arnidia.
Nor Aizam anak seterusnya,
Isterinya Norazalina nama macam serupa;
Duduk di Beranang sekian lama,
Mempunyai 3 orang anak teruna.
Anak pertama Nasrul Aiman,
Nak periksa UPSR tahun depan;
Nabil Zikri hero kesayangan,
Adik Akmar terkenal tampan.
Anita Mak Lang paling dermawan,
Disayangi oleh anak-anak buahnya;
Pak Lang Jurie pun tiada tandingan,
Sekali bersuara banyak ilmunya.
Semalam Ita beritahu saya,
Nama bakal putera-puterinya;
Tapi itu semua rahsia,
Doa-doakan moga dimakbulkan segera.
Anak seterusnya Pakcik Azmi,
Isterinya Nor Azura orang Klang;
Jaguh bowling seantero negeri,
Selalu ke surau bila sembahyang.
Noor Azyan Najla permata hati,
Cute comel pandai bergaya;
Sepupu-sepupu sangat meminati,
Tanyalah mereka kalau tak percaya.
Anak second last ialah Zanariah,
Mak Teh Jaja nama timangan;
Tinggi lampai cantik bergaya,
Mengemas rumah itulah kegemaran.
Pendatang terbaru Pak Teh Zairul,
Pakar IT di pejabat MAIM;
Kalau bercakap berbakul-bakul,
Riuh rendah seluruh Jasin.
Anak bongsu Maksu Ella,
Nama sebenarnya ialah Suhaili;
Belajar di Ipoh, di Lendu bekerja;
Dengan emak teman sejati.
Hobi Maksu masak spaghetti,
Kek cokelatnya jadi igauan;
Mak kata dia suka manjakan diri,
Tapi sebenarnya suka berkawan.
Demikian tadi kisah kami,
Anak cucu Ariyah mohon berundur;
Salah silap harap dimaafi,
Semuanya semata-mata untuk berhibur.
Abang, kakak dan adik janganlah marah,
Kalau tercuit di sana-sini;
Di Hari Keluarga kita bergembira,
Ada rezeki kita buat lagi.
Dua, tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;
Dua, tiga boleh kucari,
Mana nak sama encek Che' Lon seorang.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dkenang juga.
Emak Ariyah dikelilingi sebahagian anak cucunya.
"Selamat Hari Lahir buat mak pada 3 Disember ni.
Semoga panjang umur murah rezeki.
Kami sayang emak @ nenek"
"Selamat Hari Lahir buat mak pada 3 Disember ni.
Semoga panjang umur murah rezeki.
Kami sayang emak @ nenek"
Sunday, November 29, 2009
Perjumpaan Waris Hjh Che Lun
Semalam pada 28 Nov. 2009, telah diadakan Perjumpaan Waris nenek (dikenali sebagai Encek) Hjh. Che' Lun binti Tumpang di Kesang Tua, Jasin, Melaka. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini telah mengumpulkan ahli-ahli keluarga Encek serta keempat-empat anaknya; Mak Long Rosnah, Pak Ngah Anuar, emak Ariyah dan Busu Norliah. Antara acaranya adalah ucapan, pengenalan salasilah keluarga, pengenalan ahli keluarga, sesi bergambar, sukaneka, tahlil dan doa selamat, solat zohor berjemaah, jamuan makan tengah hari dan penyampaian hadiah. Setiap keluarga berpakaian mengikut warna tema yang berlainan. Pendek kata meriah sungguh majlis tersebut. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Layan jelah ye gambar-gambar yang banyak ni. Rugi kalau tak abadikan gambar-gambar ini........
Banner yang diilhamkan oleh Ella
Gambar kenangan encek; Hjh. Che Lun bersama suami; Ithnin bin Abu Hassan dan anak sulung; Mak Long Rosnah
Emi dan Inda AJK Pendaftaran
Jaja dan Zairul sehati mencuci ayam
Saya dan encek posing sekejap
Zali dan Angah Bakar sedang meninjau-ninjau "tapak lapangan terbang"
Aei (Asri) pengacara majlis yang hebat
Pak Ngah Anuar (Abu Shah) pengerusi majlis hari itu
Encek diberi kesempatan berucap
Encek bersama adik iparnya; Nek Dah serta 4 anak dan Pek Tam Yazid
Emak sedang memberi ucapan
Tok Sidang Dak Ai memperkenalkan ahli keluarga Mak Long yang berpakaian merah
Sham memperkenalkan keluarga biru Pak Ngah Anuar
Saya memperkenalkan keluarga hijau saya (warna kegemaran emak) dengan 28 rangkap pantun
Jeff memperkenalkan keluarga cokelat Busu Noli
Sebahagian keluarga Pek Tam Yazid; anak angkat encek @ anak sedara
Keluarga induk bergambar kenangan
Keluarga Busu Noli
Keluarga emak saya (Mak Lang Ariyah)
Keluarga Pak Ngah Anuar
Keluarga besar Mak Long Rosnah
Para jurukamera dengan gaya tersendiri
Bergambar ramai
Melompat keseronokan
Emak diapit oleh anak cucunya
Aik sorang merah 'tersesat'
Acara kutip gula-gula
Acara tiup belon
Ni penjaga garisan ke penjaga kerusi?
Lari bawa bola ping pong
Cari duit dalam tepung
Juara tiup tepung
Acara rebut kerusi
Acara anak lelaki mekap emak
Rupa emak selepas disolek oleh Angah. Tahniah sebab telah dipilih oleh encek sebagai juara
Jurumekap bergambar dengan model masing-masing
Acara penyampaian hadiah
Subscribe to:
Posts (Atom)

































































