Friday, October 8, 2010

Banner Dinner

Banner Majlis Makan Malam Amal PIBG SK Kota Warisan dah siap hari ini. Terima kasih En. Nor Aziz. Cantik designnya. Salmi dan Zul telah menggantungnya di 3 tempat strategik sekitar Kota Warisan ni. Tuan / puan ibu bapa SKKW, penduduk Kota Warisan, rakan-rakan serta sahabat-sahabat maya sekalian adalah dijemput ke majlis tersebut. Majlis akan diadakan pada:
Tarikh : 19 November 2010 (Jumaat)
Tempat : Nilai Springs
Harga kerusi : RM65.00 dewasa, RM45.00 kanak-kanak
Artis jemputan : Kumpulan Rabbani dan penyanyi Aishah
   Murah kan! Jomlah berhibur sambil berderma. Sila hubungi Setiausaha PIBG Pn. Noranikah Abd. Rahim (013 3044097) atau Bendahari PIBG Cik Norafiza Rais (012 6853988) untuk maklumat lanjut.
 Banner makluman Majlis Makan Malam Amal PIBG SKKW
 Dora dan Mala
 Sekeping digantung di stesen ERL Salak Tinggi
 Satu di depan kedai Hijjaz
 Alamak sorry tertutup pulak banner  PAS Kota Warisan 
(Salmi dan Zullah punya kerja ni)
 Bekas Juruaudit PIBG - En. Noor Izani merenung maklumat
 Dahsyat PIBG SKKW!
 Bayaran murah
 Ada penyanyi Aishah dan kumpulan Rabbani lagi
Jom ramai-ramai kita berhibur sambil beramal

16 comments:

  1. kalau macam ni punya iklan...hu3x banyak dapat untung tu...tahniah staf cikgu berkerja keras

    ReplyDelete
  2. Salam bertandang lagi..
    moga sihat selalu orang
    di sini..di berkati Allah
    jua hendaknya..hebat tu..
    siap berbanner majlis kita ye?

    ReplyDelete
  3. Salam sonata. Tak tau nak cakap pasal untung. Rabbani dan Aishah je dah ribu-riban. Tapi tak kisah... yang penting puas hati dan impak kerjasama hasil program sebegini.

    Salam Zul, terima kasih kerana sudi bertandang lagi. Biasa je banner tu - hebat sikit-sikit je hehe

    ReplyDelete
  4. Tahniah diatas usaha tersebut..kami dari jauh boleh pi sama kot noo..?

    ReplyDelete
  5. Boleh aje En. Lana~Bulu. Kecik tapak tangan, F1 Sepang kami tadahkan.

    ReplyDelete
  6. mesti ramai yg nak di jemput tu.. hehe

    ReplyDelete
  7. Salam Zino, cadangnya gitulah. Jemput tapi kena bayar sendiri hehe. Biasa kan.

    ReplyDelete
  8. usaha yg baik.. ada rabbani le.. moga brjln dgn lncar

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu.
    Cantiknya banner dinner ni.
    Pasti gempak dan meletup-letup kan cikgu.
    Semoga segala hajat dan impian cikgu
    direstui dan diberkati Allah swt.
    Dari jauh terasa kemeriahannya.....
    Semoga segalanya berjalan seperti yang
    diharapkan.

    ReplyDelete
  10. Salam Maiyah & Roha. Doakan segala-gala berjalan lancar. Terima kasih

    ReplyDelete
  11. didoakan mendapat sambutan yang luarbiasa hebatnya Pn Aida

    ReplyDelete
  12. Salam cikgu kl citizen. Itulah harapan kami : sambutan luar biasa + 'luar dunia'!

    ReplyDelete
  13. Salam CIKGU AIDA
    Bannernya molek, majlisnya cantik. Penyanyi-penyanyi jemputannya menarik. Insya Allah kutipannya baik!

    Tahniah kpd Cikgu Aida & staf di atas usaha murni itu. Eh, banner PAS tu dah melepasi tarikh luput ke Cikgu? Good luck!

    ReplyDelete
  14. Salam cikgu Temuk. Bestlah rima kata-kata cikgu tu - orang berpengalamanlah katakan. Moga ramai yang akan tertarik untuk turut serta ke majlis kami tu nanti.

    Betul telahan cikgu tu. Banner PAS tu dah expired. Depa dah bagi green light suruh turunkan tapi cikgu-cikgu saya tak dan nak turunkan sebab hari nak hujan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...