Friday, October 15, 2010

Lawatan ke Kuching

Pada 3 - 6 Oktober 2010 yang lalu, saya telah mengikuti lawatan penandaarasan anjuran Majlis Guru Besar Sepang dan Pusat Kegiatan Guru Salak ke Kuching, Sarawak. Kami telah melawat 6 buah sekolah termasuk 4 buah sekolah luar bandar di Lundu. Banyak yang telah kami pelajari di sana. Apa yang mengharukan, sambutan yang diberi oleh semua sekolah tersebut sangat meriah. Ia termasuklah acara sambutan, persembahan murid-murid, persembahan multimedia, jamuan bahkan layanan yang terlalu istimewa. Terima kasih warga pendidikan di Kuching. Budi baik kalian takkan kami lupakan. Moga hubungan silaturrahim yang terjalin akan menjana semangat perpaduan antara kita. Jom tengok gambar-gambar dari kamera Wan yang saya perolehi tadi.....
 
 Depan BTPN Sarawak - tempat menginap kami
 
 Sambutan di SK (A) Datuk Hj  Abd Kadir Hassan
 Bergambar dengan GB SK(A) DHAKH - En. Rosli bin Terhim di biliknya
 
 
 Sambutan di SK Serayan / Keranji, Lundu
 Di dewan SK Serayan / Keranji
 Jamuan istimewa
 Di SK Paon Temaga
 Jamuan di SK Sematan
 Dengan kak Asriah dan Wan
 
 
 Di tepi pantai
Tuan PPD Sepang (berbaju biru) pun turut serta dalam lawatan ini
 
 
 Di SK Gita No. 2
 Dengan GB SK Gita 2 - En. Latib
 
 
Di Airport Kuching

3 comments:

  1. Tentu banyak perkara baru yang diambil dari benchmarking yang dilakukan. Banyak perubahan ke di Kuching? Lama juga tak ke sana, 20-22 Oktober ni baru nak ke Kuching untuk satu meeting di Majestic Riverside. Hopefully, ada ruang untuk meninjau sekitar Kuching.

    ReplyDelete
  2. Salam Faris. Perubahan tu tak retilah nak cakap sebab pertama kali pergi 10 tahun dulu - sekejap je. Pergi kali ni pun tak puas, sibuk melawat sekolah. Nampaknya kena pergi lagi sebab belum pergi kampung budaya, pusat orang utan dll tu.

    Jauhnya meeting. Happy shopping kek lapis dan ikan terubuk masin!

    ReplyDelete
  3. Tahniah kerana telah berjaya menganjurkan program yg sgt baik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...