Friday, December 3, 2010

Minggu Maal Hijrah Surau Al-Hijrah

Sempena kedatangan Awal Muharram Selasa depan, Surau Al-Hijrah Kota Warisan telah merancang program Minggu Maal Hijrah 1432 bermula 3 Disember 2010 hingga 11 Disember 2010. Banyak acara yang telah dirancang. Saya sebagai salah seorang AJK (Publisiti dan Muslimat) telah dipanggil bermesyuarat sejak lebih 3 bulan yang lepas lagi.
   Malam ini telah diadakan Majlis Pelancaran program. Antara acara pelancaran yang bermula jam 7.30 malam ini adalah:
- Bacaan Al Quran oleh adik Muhammad (yang terkenal tu)
- Persembahan Marhaban & selawat Kumpulan An-Najah
- Persembahan Qasidah pelajar KAFA
- Majlis Pelancaran oleh Dr. Hj. Mohd. Rushdan
   Berbagai-bagai acara telah diatur sepanjang minggu ini. Antaranya kuliah subuh dan ceramah oleh penceramah-penceramah jemputan yang hebat-hebat belaka termasuk YB Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz pada Jumaat depan, Sukaneka Muslimat dan Aktiviti Remaja di SKKW pada hari Ahad ini, Qiyamulail Perdana, Karnival Produk Halal dan klimaksnya adalah Forum Maal Hijrah "Baiti Jannati" pada Sabtu depan 12 Disember 2010. Panel forum terdiri daripada Prof. Dr. Saedah Abd Ghani dan Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz.
   Oleh yang demikian, marilah kita beramai-ramai mengimarahkan surau a.k.a Masjid Al-Hijrah Kota Warisan ini untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu dan pahala yang bertebaran sepanjang program tersebut. Tahniah kepada Jawatankuasa Surau dan JK program atas usaha yang sungguh murni ini!
Aktiviti sepanjang minggu
Ustaz Irwan mengacara majlis pelancaran
Adik Muhammad memperdengarkan bacaan Al-Quran
Persembahan marhaban dan selawat kumpulan An-Najah
Persembahan Qasidah pelajar KAFA Al-Muhajirin KW
Pelancaran program disempurnakan oleh Dr. Hj. Mohd Rushdan
Kalendar Surau berharga RM10.00 - membeli sambil menderma untuk projek pembesaran surau
Antara yang hadir

3 comments:

  1. best nya... semuga mendapat ganjaran bagi yg berkesempatan hadir..

    ReplyDelete
  2. Salam Zino. Semuanya memerlukan pengorbanan masa. Kalau dah terbiasa hadir ke program sebegini, Insya Allah segala-galanya akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. Salam...

    InsyaALLAH..


    p/s - Isnin aritu saya ade letak telekung nak sedekah kat anjung tu..X sempat nak letak kat dalam..nak cepat..Lupa plak nak check semula.
    Harap2 ade org perasan n bawak masuk.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...