Thursday, January 20, 2011

Ranking NKRA

Minggu ni semua sekolah rendah di seluruh negara sibuk memperkatakan tentang keputusan ranking NKRA tahun 2010. Ranking NKRA ini mengambil kira 70% GPS UPSR dan 30% skor rumusan SKPM (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia) sekolah. Tahun lepas SKKW mendapat ranking ke-808 daripada lebih 7000 buah sekolah. Kedudukan itu bersamaan dengan Band 2. Bagaimana tahun ini?????
   Wow tahun ni SKKW mendapat ranking ke-531 daripada keseluruhan 7,697 buah sekolah rendah seluruh Malaysia. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Walaupun tak sehebat mana, sesungguhnya ia merupakan kejayaan yang sangat manis buat warga sekolah. Syukur Alhamdulillah. Teruskan usaha keras cikgu-cikgu dalam mencemerlangkan anak-anak murid walaupun terlalu banyak tohmahan dari pelbagai pihak. Kekalkan momentum itu dan galilah segala kekuatan dan semangat untuk kita tingkatkan kualiti tersebut. Kalian memang best. Saya merasa sangat bangga....

2 comments:

  1. Salam Cg Aida,
    Tahniah kepada GB dan pasukannya atas pencapaian SKKW. Semoga bersemangat lagi untuk mencapai kecemerlangan. Aida masih berpengurusan jarak jauh ke?

    ReplyDelete
  2. Ya kak. Masih mc lagi. Tkasih banyak, saya nak tumpang semangat akak juga.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...