Tuesday, February 8, 2011

Kelas Bahasa Cina

Sejak awal tahun lagi, kami telah dimaklumkan bahawa SKKW telah dipilih oleh PPD Sepang untuk mengadakan kelas subjek Bahasa Cina bagi murid-murid Tahun 1 di bawah KSSR. Bahasa Cina adalah salah satu subjek pilihan di bawah Modul Elektif KSSR. 
   Semalam, sekolah telah menerima guru Bahasa Cina yang dimaksudkan. Surat akan dikeluarkan kepada semua murid Tahun 1 yang berminat untuk mengikuti kelas Bahasa Cina tersebut. Kelas akan diadakan serentak dengan p & p subjek Bahasa Arab iaitu sebanyak 3 X 30 minit seminggu. Had murid yang akan mengikuti kelas Bahasa Cina ini adalah 50 orang sahaja. Jadi, bagi yang berminat cepat-cepatlah kembalikan surat itu nanti. Tapi, perlu diingat kalau nak belajar Bahasa Cina, tak dapatlah belajar Bahasa Arab. So, fikirlah betul-betul.....
Berita Terkini (9 Februari 2011) !!!!
  Setelah berbincang dengan pihak PPD, kami dimaklumkan dasar had 50 orang murid setiap kelas Bahasa Cina (SK) itu adalah dasar tahun lepas di mana kelas dijalankan di luar waktu persekolahan. Tahun ini, KSSR telah menetapkan semua murid Tahun 1 boleh memilih sama ada hendak belajar Bahasa Arab atau Bahasa Cina (SK) dalam waktu persekolahan. Jadi, semua murid Tahun 1 yang berminat belajar Bahasa Cina (SK) akan diajar Bahasa Cina (SK) manakala murid-murid lain belajar Bahasa Arab pada masa yang sama. 
   Sekolah akan meneliti sambutan dari ibu bapa dan merombak lagi jadual waktu, jika perlu.

6 comments:

  1. Peluang yang baik untuk yang berminat....


    Anak sulung saya terpaksa ambil di Institut Bahasa persendirian di luar waktu sekolah. Bolehlah untuk sekadar berkomunikasi dengan rakan-rakan Cinanya.

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Kalau saya mmg kompius nak pilih mana..
    Satu utk dunia,satu utk akhirat..
    Elok pilih BA kot...
    Tapi sape2 tau BC mmg boleh cari makan
    la...

    ReplyDelete
  3. Salam amalhaj : Tak fahamlah?? Nampaknya kena belajar BC juga ni...

    Salam ckLah : Tahniah kat anak cikgu yang sanggup belajar sendiri. Memang banyak faedahnya.

    Salam cik Shinju : Saya pun konpius jadinya. Tapi nak buat macam mana...

    ReplyDelete
  4. Wahh bestnye..Brtuah murid2 skarang.. Ckgu pun nk blaja BC jgak mehhhh :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...