Thursday, February 24, 2011

Kembali ke sekolah

Setelah bercuti 2 bulan, hari ini saya kembali ke sekolah. Tapi langkah tak berapa normal, masih terdengkut-dengkut sebab masih terasa ngilu dan pedih pada pergelangan kaki. Jumpa guru-guru, bersalaman, berpelukan. Sampaikan sepatah dua kata kat murid-murid dalam perhimpunan harian pagi. Ronda kelas sampai tingkat 4. Kesian murid-murid mencari kerusi. Memang tak cukup rupanya kerusi anak-anak muridku. Bincang dengan GPK, order lagi kerusi. 
   Pergi kantin, sembang dengan pengusaha kantin dan isterinya. Semoga aduan-aduan ibu bapa dan guru dapat diberi perhatian. Baiki komunikasi dan tingkatkan kebersihan. 
   Jumpa guru-guru AJK PIBG sesi baru, terima kasih sudi menerima lantikan. Sembang dengan guru-guru praktikum - ada 10 orang guru IPG praktikum ketika ini. Telefon PPD berkaitan calon-calon guru untuk "redeployment". Rayu tak perlu calonkan nama guru untuk digerakkan - sebab 2 kelas baru dah dibuka. Plan mesyuarat Pengurusan dan Guru minggu depan. Esok nak buat taklimat SKPM.
   Selesaikan surat-surat yang menimbun atas meja, semak akaun dan fail-fail. Tengah hari selepas tamat sesi persekolahan, buat perjumpaan dengan guru-guru di Bilik Mesyuarat. Sesi berkenalan dengan guru-guru baru, sampaikan ucapan terima kasih, amanat dan nasihat. Peringatkan guru-guru tentang etika dan disiplin. 
   Selesai taklimat, AJK Kelab Guru dan Kakitangan buat mesyuarat pertama. Banyak idea dilontarkan untuk menambah dana. Syabas Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan yang baru - cikgu Salmi! 
   Sebelah petang, berbincang dengan ustazah Norlia; Ketua Guru KAFA. Terus print MoU KAFA 7 set. Telefon PPD tentang format yang dikehendaki. Esok kena siapkan unjuran kelas. Insya Allah minggu depan dah boleh hantar ke PPD untuk dipanjangkan ke JPS bagi memohon kebenaran untuk tahun ni.
   Sebelum balik, tulis Buku Rekod Mengajar. Alamak dah pukul 6.00 petang, belum makan lagi. Singgah Medan Selera, cari nasi kerabu dan laksam....

3 comments:

  1. Salam cg,
    Selamat kembali ke sekolah. Banyak dah tertinggal ye. Tapi nasi kerabu dan laksam menunggu...sama menu dinner kita malam ini. Beli aje di pasar malam.

    ReplyDelete
  2. Salam Pn. selamat kembali kesekolah dgn cerianya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...