Thursday, April 21, 2011

Swadikap

Setelah 2 kali lawatan pada tahun 2009 dan 2010, hari ini sekolah kami sekali lagi menerima kunjungan dari 80 orang pelajar Universiti Bangkok Thonburi, Thailand. Pelajar-pelajar tersebut merupakan guru-guru yang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Mereka diketuai oleh Puan Pengetua - Dr. Kesom Thonsaen. Ahli rombongan disambut dengan paluan kompang dan persembahan action song yang menang peringkat daerah tempoh hari. Kemudian, mereka menikmati jamuan di bilik Kemahiran Hidup. 
   Seterusnya, para pelawat luar negara itu telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar ucapan dan menyaksikan persembahan multimedia SKKW. Seronok benar mereka apabila gambar lawatan rakan-rakan mereka tahun lepas ditayangkan. Sesi taklimat disudahi dengan pertukaran cenderamata oleh kedua-dua belah pihak. Sebelum balik, mereka telah melawat ke sekitar sekolah. Lambaian pun bersambut dengan ucapan jumpa lagi tahun depan. Swadikapp..
 Welcome to SKKW
Pasukan kompang "pakaian beragam"
Hasil kreativiti Milah dan Chan
Selesai persembahan action song
Jamuan ringan ditanggung oleh pelawat
Bergambar dengan agen pelancongan yang membawa pelawat
Maria selaku mc tetap bertaraf internasional
Alter script tahun lepas. 
Tak tau le entah faham ke tidak depa ni
Cenderamata dan sijil dari pengetua - Dr. Kesom Thongsaen
Ole-ole dan sijil dari sekolah
Murid-murid tumpang glamour
Amir pandai cakap Siam rupanya
Uncle Mari ada peminat
Perhubungan pengantarabangsaan yang intim
Maz Azlee - cameraman yang meningkat naik sahamnya
Bye-bye
Salmi menghayati lukisan guru-guru praktikum pra

8 comments:

  1. bagusnye..ade pontensi jd SBT ni...program ni pun salah 1 daripada syarat dapat status: menjalinkan interaksi n hubungan dengan institusi luar negara. tahniah skkw :D

    ReplyDelete
  2. Wah, lepas ni boleh rancang buat lawatan balas.

    ReplyDelete
  3. Salam Emi. Masih jauh jangkauannya. Tapi memang bagus dapat menjalin hubungan dengan institusi luar negara ni.

    Salam kak Nora. Dari dulu ada niat nak buat lawatan balas tapi tak jadi-jadi hehe

    Salam Hani. Memang banyak ilmu yang diperolehi

    ReplyDelete
  4. Tahun depan kompem dorg dtg lagi..heheh..
    Kena buat lawatan balas ni..kang dorg kecik ati plak..

    ReplyDelete
  5. Yalah. Cik Shinju carilah sponsor, nanti kita buat rombongan ke sana.

    ReplyDelete
  6. kalau depa datang di sambut kompang, lawatan balas depa sambut dengan apa ya..

    ReplyDelete
  7. Sambut dengan seruling kot. Tiup dengan kuku panjang melentiknya hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...