Monday, April 4, 2011

Harga sebuah blog

Hari ini saya dan Guru-Guru Besar seluruh negeri Selangor berada di Kompleks Belia dan Kebudayaan, Seksyen 7, Shah Alam menghadiri Majlis Penubuhan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah JPN Selangor. Di sana, saya telah menerima sms daripada GPK 1 saya menyatakan bahawa 2 orang pegawai nazir JPNS baru balik dari sekolah. Bila saya tanya kenapa nazir tu datang, jawapan Pn. Shikin; "About ur blog, pn."
   Alamak!! Apa halnya, risau juga saya. Kemudian saya pun menghubungi Pn. Shikin semula untuk mendapatkan penerangan lanjut. Rupa-rupanya mereka merujuk aduan berkait beberapa post saya yang lepas termasuk post ini. Lama dah tu! Dah terlupa dah saya...
   Kata Pn. Shikin nazir tersebut akan datang lagi pada hari Khamis ini untuk berjumpa saya. Pegawai-pegawai tersebut sempat menemubual guru-guru tentang dasar-dasar kerajaan, melihat buku-buku rampaian murid, meneliti buku tunai sekolah dll. Mengikut pengamatan Pn. Shikin, mereka berpuas hati dengan semua penjelasan dari pihak sekolah. 
   Cuma saya masih berteka-teki siapa yang buat aduan tersebut dan tahap keseriusan aduan tersebut. Sebagai guru dan Guru Besar, dilawati pelawat termasuk nazir adalah sebahagian daripada tugas kami. Memang persediaan ke arah itu sentiasa diberi keutamaan. Tapi ini lain sikit sebab blog saya dijadikan eviden pihak yang membuat aduan dan juga nazir....
   Sesungguhnya saya sentiasa bertanggungjawab terhadap semua entri saya sebagaimana saya bertangggungjawab terhadap semua tugas saya yang lain. Bagi saya, blog ini adalah blog peribadi saya. Walaupun hampir 80% entri adalah berkisar kepada peristiwa-peristiwa di sekolah, sesekali saya masukkan juga cerita-cerita tentang keluarga saya, kawan-kawan saya, hal-ehwal semasa dan tentu sekali 1, 2 luahan perasaan saya. Sewaktu meluahkan perasaan, selain saya berharap pembaca saya tahu apa yang saya rasa, saya nak maklumkan apa yang saya dan cikgu-cikgu saya hadapi dan buat selama ini.
   Apa lagi yang mampu saya kata. Hanya maaf yang saya pinta. Blog peribadi saya ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja dan saya tak sepatutnya meluahkan perasaan....
   Blog ini telah saya bangunkan sejak 21 Ogos 2009 yang lalu dengan entri pertamanya di sini. Selama ini bukan sedikit penat saya melayan blog kesayangan saya ini. Tapi dek kerana hobi yang seakan ketagih, saya sentiasa ada masa untuk update. Sampaikan akaun photobucket saya pun dah warning dah nak penuh, punyalah banyak gambar yang saya upload
   Namun hari ini saya terasa frust sangat. Tengoklah apa cerita hari Khamis ini. Kalau hasilnya mengecewakan, mungkin saya akan tamatkan saja blog ini.....
  

7 comments:

  1. salam..
    dah dua cikgu saya jumpa
    meluahkan perasaan yang sama
    simpati dari saya Kak..moga
    tabah..segala keputusan biarlah
    membawa kebaikan buat semua

    ReplyDelete
  2. aida,
    1. tiada salahnya entri kau tu, dan kau bebas bersuara sebab negara kita negara demokrasi
    2. hanya pendapat peribadi memaparkan situasi serta ada saksi..
    3. aduan yang disiasat perlu kau jawab yang ditanya bukan jawab yang kau tahu..ingat tu.
    4. be prepair..kumpul semua eveden dan jawab dgn tenang..pihak nazir cuma mencari kebenaran.

    ReplyDelete
  3. rujukan:
    http://www.scribd.com/doc/20975382/Bab-4-Undang-undang-dan-Penulisan

    ReplyDelete
  4. moga Allah swt beri kekuatan dan kesabaran pd cg aida....amin!

    ReplyDelete
  5. aida,akak fikir bahawa untuk maju semua pihak kena very positif terhada kritikan, pendapat danluahan rass. sepatutnya jadikan semua sbg feedback utk terus maju dlm semua aspek. Bangsa melayu adelah bangsa yg semua nak yg bagus2 je,,,,klu tak bagus senyap..itunamanya hipokrit...Jgn sekali ida mangalah ..teruskan menulis..kerana dgn menulis lah kita menjana kematangan. Org yg komplen dan menyiasat tak tahu menghargai persaan halus seseorg....

    ReplyDelete
  6. Salam kakak GB. Tertarik ayat terakhir akak. Sesungguhnya kita sentiasa diperhatikan. Saya masih tabah, terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...