Monday, April 25, 2011

Hari yang sibuk

Sebagaimana minggu lepas, hari ini penyediaan dokumen sekolah kluster diteruskan. Norina and the gang buka port kat PSS sebab bilik mesyuarat digunakan oleh Ketua-Ketua Panitia Matematik sekolah-sekolah daerah Sepang untuk berbengkel penggubalan soalan Matematik daerah. Untuk menyiapkan profil sekolah, ramai juga yang saya suruh balik rumah ambil sijil masing-masing. Maaf ya sebab eviden itu sangat penting. Masa terlalu cemburu. Esok cadang nak edit, print, hantar fotostat kat kedai dan hari Rabu nak ambil semula seterusnya hantar ke pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di Shah Alam. 
   Hari ini juga SKKW menjadi tuan rumah pertandingan ragbi rimau peringkat daerah Sepang. Tahniahlah kepada pasukan ragbi SKKW kerana berjaya mendapat tempat ke-3. Sorry saya tak dapat tunggu Majlis Penyampaian Hadiah pada sebelah petang kerana perlu bergegas ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Sepang bersama Pn. Shikin menghadiri Majlis Perjumpaan Permuafakatan Persekolahan Sesi 2012 SKKW dan KAFA Integrasi Al-Muhajirin jemputan daripada pihak PAID.
   Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Kamal Radiman dari JAIS selain dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JAIS, PAID dan KAFA, turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JPS, PPD, MGB serta YDP PIBG SKKW. Terima kasih banyak atas kerjasama semua dalam menyelesaikan kemelut yang timbul ekoran perancangan persekolahan 2 sesi SKKW tahun depan. Ini bermakna, baik di pihak SKKW maupun KAFA, banyak kerja menanti kita. Permuafakatan ini jelas menunjukkan bahawa masa depan pendidikan anak-anak Kota Warisan akan terus terbela. Ikuti diari saya hari ini....
Cikgu Normi Yahya bercakap tentang tabiat membaca di perhimpunan pagi
Murid yang bergaduh diminta berdiri
Persembahan menarik murid-murid prasekolah
Oh Mas Ayu... Fatimah nan ayu
Parasnya indah suara merdu
Penyampaian hadiah kepada wakil pemain sepak takraw SKKW yang mendapat tempat ke-3 pertandingan daerah minggu lepas 
Bergambar dengan guru-guru yang melatih
Penyampaian hadiah kepada pasukan bola jaring daerah yang menjadi juara dalam pertandingan daerah.
Dapat hamper lagi
Guru-guru yang melatih pun dapat hadiah sumbangan para dermawan
Semoga terus sukses
Tahniah buat Athira Farahiya, Anis Farhana dan Malisha Nur Hanani yang terpilih menjalani latihan pusat pasukan daerah
Projek bersama PIBG - lencana untuk murid-murid Tahun 6 yang mendapat 5A dalam peperiksaan
Menyematkan lencana azimat kepada Nur Fatin Afrina bt Mohd Fakhruddin yang berjaya mendapat 5A dalam PKSR1
Semoga Fatin akan mengekalkan kecemerlangan dan menjadi pemangkin kepada kejayaan rakan-rakan yang lain
   Selanjutnya saya diminta menyampaikan sijil-sijil kepada peserta Program Kecemerlangan Pelajar (PROKEP) yang telah diadakan pada 22 - 24 April 2011 yang lalu di Kem Iman D'Semungkis, Hulu Langat.... 
Presiden PROKEP - Mohd Afiq bin Suib
Timbalan Presiden - Kamelya Irdina binti Kamarul Hisham
Peserta terbaik perempuan - Nur Irdina Nadhirah bt. Samsol Kamar
Peserta terbaik lelaki - Syed Mohd Hanif Zubair b. Syed Badli Shah
   Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang Karnival Sains dan Teknologi peringkat daerah Sepang yang telah diadakan minggu lepas....
Tahniah Sharifah Sarah bt. Syed Amir dapat tempat ke-3 Saintis Muda
Nur Syuhada bt. Yazaly - tempat ke-3 Saintis Muda
Zharif Sofiah bt. Zaki - Saguhati Bercerita Sains
Selesai perhimpunan, saya terus ke Bilik Mesyuarat mempengerusikan Bengkel Penggubalan Soalan Matematik daerah Sepang.
Ketua-ketua Panitia dan Guru Cemerlang Matematik daerah Sepang tekun berbengkel
Di tapak perhimpunan, latihan kawad kaki sedang giat dijalankan
Di padang SKKW, berlangsung pertandingan ragbi rimau peringkat daerah Sepang
Inilah pasukan ragbi SKKW yang cekal
Penjaga garisan berwibawa diimport khas dari PPD
Sebahagian pengurus pasukan sekolah-sekolah Sepang
En. Ismail - pegawai PPD memantau perjalanan pertandingan
Pasukan SK Taman Pantai Sepang Putra berehat jap
Aduhai murid-murid pra Amanah terpaksa belajar di surau sebab kelas mereka black-out
Sambil memerhati pekerja-pekerja JKR Elektrik membaiki kerosakan elektrik pra Wibawa dan Amanah - alamak panjangnya rumput!
Apa nak kata - syarikat pembersihan swasta asyik bermasalah aje
Jenguk jap kelas Bahasa Cina cikgu Chan kat atas PSS
Xie xie
Petang : saya dan Pn. Shikin hadir perjumpaan permuafakatan SKKW dan KAFA di PAID Sepang

7 comments:

  1. tengok gambar tu dah tau sibuk sangat tu hehe

    ReplyDelete
  2. Salam Zino. Gambar sensitif tak masuk lagi tu - dah janji dgn nazir. Tapi itulah kerja rutin...

    ReplyDelete
  3. 6 tahun sudah... Namun pelbagai kecemerlangan skkw telah kecapi... Waa.. tahniah cikgu... untung la super junior-junior saya nih... Ragbi pun ade gak.. tekejut...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Patutlah ade dgr lagu Mas Ayu semalam..
    cute jek budak2 pra tu pakai gaun ropol2..huhuh

    ReplyDelete
  5. salam Kak..
    memang sibuk sekali
    kelihatannya aktiviti
    yang di hadiri tu..
    ermmm.. demi tugasan
    apakan daya kan?

    ReplyDelete
  6. Salam Rais. Bila-bila boleh minta tolong Rais ajar super2 junior tu main ragbi. Mesti seronok diorang.

    Salam cik Shinju. Rumah cik Shinju kat sebelah padang sekolah tu ke? Mesti selalu dengar pengumuman sekolah kan.

    Salam Zul. Namapun kerja. Orang duduk rumah pun sibuk buat kerja rumah hehe..

    ReplyDelete
  7. cikgu: eh, saya tak reti men rugby.. stakat passing2x tu bleh la.. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...