Friday, April 15, 2011

As Salam ya Ustaz

Pagi tadi selepas bacaan yasin, saya telah memaklumkan kepada semua murid dan guru berita baik tentang pencalonan Sekolah Kluster tu. Semuanya kelihatan sangat gembira. Guru-guru saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain. Kepuasan dan ceria jelas terpancar di wajah masing-masing. Syukur tidak terhingga atas kurniaan Allah S.W.T ini. Semoga kami diberikan kudrat dan kekuatan untuk melayarkan bahtera demi merealisasikan harapan yang menggunung tinggi. 
   Hari ini juga merupakan hari terakhir buat 2 orang guru praktikum dari IPG Islam iaitu ustaz Hilmi dan ustaz Zawirudin. Mereka telah tamat menjalani latihan praktikum selama sebulan di SKKW. Selamat Berpisah buat ustaz berdua. Maaf jika ada keterlanjuran kata dan tingkah laku sepanjang ustaz berpraktikum di sini. Sudi-sudilah bertandang lagi ke sekolah kami....
Cenderahati untuk ustaz Hilmi
Dan ustaz Zawiruddin
Ucapan perpisahan buat semua murid
Ada persembahan lagi
Ole-ole untuk sekolah, terima kasih
Bergambar kenangan. Semoga berjumpa lagi!

2 comments:

  1. merekalah nanti yang bakal ganti guru-gur veteren, ya..

    ReplyDelete
  2. Semoga guru-guru muda ini akan menyambung legasi para ustaz ustazah yang sentiasa rajin dan komited

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...