Wednesday, April 13, 2011

Sayangi Diri Sayangi Sekolah 2011

Macam baru lagi Unit Kaunseling anjur program "Sayangi Diri Sayangi Sekolah" tahun lepas, tahun ni dah buat lagi. Begitulah cepatnya masa berlalu. Sepertimana tahun lepas, program 3K ini diadakan selama 3 hari bermula semalam 12 hingga 14 April 2011. Program ini melibatkan pegawai-pegawai dari AADK, Polis, Bomba, Pejabat Kesihatan, Majlis Perbandaran dan PIBG. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan atas penglibatan berterusan agensi-agensi tersebut. Semoga murid-murid dan seluruh warga sekolah akan mendapat ilmu pengetahuan serta manfaat yang maksimum daripada ceramah, pameran dan pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Saksikan sebahagian gambar yang sempat dirakam pada hari kedua hari ini...
Banner recycle masih cantik
 Pameran polis
Semoga ngeri membawa insaf
Bas pameran AADK
Murid-murid prasekolah melawat pameran
Pegawai AADK memberi penerangan
Pameran pejabat kesihatan
Aktiviti kuiz
Cenderamata daripada sekolah
Sijil daripada AADK untuk sekolah
Terima kasih tuan/puan. Jumpa lagi tahun depan

4 comments:

  1. As salam...

    Bagus kan xtvt mcm ni...
    Nak2 ceramah AADK tu...

    ReplyDelete
  2. As salam cik Shinju. Payah juga orang AADK tu nak bercakap pasal dadah ni kat budak2 sek rendah. Kena bagi cth rokok je nampaknya. Tp, bapa masing2 ramai gak yg merokok huhu..

    ReplyDelete
  3. nanti balik anak lecture bapak2 yg merokok tu hehe

    ReplyDelete
  4. Zino : Tulah pasal. Ada kena ceramah lagi kat rumah ni nanti hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...