Thursday, April 14, 2011

Surat dari Putrajaya

Segan nak cerita tapi tak sabar nak share..... Tadi masa mesyuarat di PPD, saya telah diberi sepucuk surat by hand oleh Penolong PPD Sepang Sektor Pengurusan Sekolah. Nak tau surat apa? Zoomlah...
   Syukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa atas pencalonan SKKW sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) Fasa 5 mewakili daerah Sepang di samping SK Taman Seroja. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga SKKW khususnya para guru, murid, kakitangan dan ibu bapa. Sesungguhnya pengiktirafan ini menandakan bermulanya kerja keras kita untuk menyahut cabaran tersebut.
   Ternyata SKKW telah disenaraikan atas pencapaian terbaik UPSR dari segi peratus kelulusan dan Gred Purata Sekolah (GPS) yang meningkat dalam tempoh 3 tahun ini. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab berat semua guru dan murid Tahun 6 bagi memastikan keputusan UPSR tahun ini dapat menyaingi keputusan UPSR tahun lepas. Bagi murid-murid yang masih 'tidur' jangan marah jika cikgu-cikgu akan 'mengejutkan' kalian. Bukan semata-mata untuk sekolah tetapi demi masa depan pelajar itu juga. Dan itulah jua yang dilakukan oleh semua guru selama ini. 
   Dengan pencalonan ini, ternyata apa yang kita usahakan telah mendapat perhatian yang istimewa oleh pihak atasan. Tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki. Bak kata pepatah; "Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa". Maka usah berpaling lagi. Ayuh kita pacukan pendayung ke pantai kecemerlangan dengan segala kekuatan yang ada. Jom kita gemblengkan daya dan tenaga sederap seirama. Moga onak dan duri yang muncul di jalanan tidak akan melunturkan semangat juang yang membara ini. Yang penting, kita haruslah enjoy dengan apa jua yang kita laksanakan. Dan mungkin kali ini perlukan extra power. Boleh ke???
   Jika sebelum ini, kita telah dicalonkan sebagai sekolah perkasa dan sekolah lestari, pengiktirafan kali ini telah menaikkan martabat SKKW kerana prestijnya yang tersohor itu. Marilah kita meraikan berita gembira ini bersama-sama ibu bapa dan masyarakat Kota Warisan seluruhnya. Kerjasama mereka akan merancakkan lagi persediaan ke arah matlamat tersebut. 
   Mungkin ada yang berkata, baru tercalon, belum tentu berjayapun. Memang benar. Namun biarpun hanya sekadar pencalonan, amat besar ertinya bagi sebuah sekolah baru yang serba kekurangan ini. Jauh di lubuk hati, percayalah segala-galanya tidak mustahil....

6 comments:

  1. yeke puan aida...sekolah seroja pon? aisey...gb x gtau announce lagi nih..hihi...

    ReplyDelete
  2. Tahniah, syabas dan didoakan terus cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Salam Emi : Jangan pecah rahsia. Mungkin cikgu Misnon lum dapat lagi tu. Saya dapat dia masih panas. Tahniah SKTS...!

    Salam amalhaj : Thank you

    ReplyDelete
  4. wsalam.. ohoo...panas lg rupenye..ahaa.. erm..tahniah jugak buat puan gb n SKKW :d

    ReplyDelete
  5. Tahniah! Cikgu, seronok ya sekarang nih,macam2 anugerah ada. Bagus cikgu saya tumpang gembira . Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Salam cik Yang. Seronok tu seronoklah. Tapi kalut + pening sebab nak kena buat profil sekolah bermula 2008 dulu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...