Thursday, August 4, 2011

Majlis Persaraan Pn. Sarojini

Hari ini saya dan beberapa orang Guru Besar telah berkesempatan menghadiri Majlis Persaraan Guru Besar SJK(T) Ladang Bute, Sepang - Pn. Sarojini K.K. Pillay di sekolah beliau. Saya pergi bersama YDP MGB Sepang - En. Yahaya Om, Timbalan YDP MGB Sepang - Pn. Noredzan serta AJK-AJK MGB Sepang - Pn. Samilah, Pn. Rumiah dan Pn. Wan Nor Fadriah. Sampai di sekolah tersebut, turut hadir beberapa orang Guru Besar SJK(Tamil) dan SJK(Cina) yang lain. Kelihatan suami Pn. Sarojini; En. Muthiah - bekas GB SJK(T) Taman Permata yang telah bersara pada tahun lepas turut berada bersama rakan-rakan GB.
   Kami disambut dengan meriah oleh guru-guru, murid-murid dan ibu bapa sekolah tersebut. Kecil je sekolahnya. Jumlah murid hanya 26 orang. Pn. Sarojini telah menjadi Guru Besar di sekolah tersebut sejak tahun 2000 lagi; yakni hampir 11 tahun. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Penyelia Sekolah Tamil JPN Selangor - En. R. Vallikkannan, Timbalan PPD Sepang - Tn. Hj. Mohd Amin Sulaiman serta Penyelia Sekolah Rendah PPD Sepang - Tn. Hj. Ahmad Karim.
   Menariknya majlis persaraan Pn. Saro ini bukan saja disebabkan ia merupakan hari terakhir beliau sebagai Guru Besar dan penjawat awam, tetapi kali pertama kami dan seluruh warga SJK(T) Ladang Bute dapat menyaksikan Pn. Sarojini memakai sari. Selama ini Pn. Sarojini amat selesa berbaju kurung. Entah kenapa saya lihat beliau sangat cantik hari ini dengan warna dan corak sarinya yang sangat ceria. 
   Selamat Bersara diucapkan kepada Pn. Saro. Semoga berbahagia bersama keluarga dalam apa jua yang dilakukan selepas ini.
Rombongan MGB disambut oleh GPK HEM - En. Saravanan
Bergambar dengan yang diraikan - Pn. Sarojini
Ketibaan Pegawai PPD Sepang
Sama tudung nampak
Cikgu Reduan mengacara majlis
Pn. Sarojini diiring masuk ke dalam dewan
Suaminya; En. Muthiah setia di sisi
Para VIP
Persembahan tarian klasik oleh bekas murid
Ucapan alu-aluan GPK 1 - En. S. Muthalagu
Ucapan Timbalan PPD Sepang - Tn. Hj. Mohd Amin Sulaiman
Penyampaian cenderahati PPDS kepada Pn. Saro
Ucapan Penyelia Sekolah Tamil JPS - En. R. Vallikkannan
Cenderamata dan sijil penghargaan JPS buat Pn. Saro
Tarian daripada murid-murid SJK(T) Bute
Khusyuk tengok tarian
Rakan-rakan GB
GPK HEM; En. Saravanan membacakan pengkisahan Pn. Saro sewaktu tayangan multimedia
Ucapan khas dari Pn. Sarojini
Pn. Saro memotong kek bersama balu YDP PIBG
Acara bersuap-suapan kek Pn. Saro bersama suaminya
Penyampaian cenderahati
En. Yahaya menyampaikan cenederamata peribadi
Pn. Noredzan pun ada hadiah
Hadiah kecil-kecilan buat seorang sahabat
Hadiah daripada murid-murid
Bekas murid
Satu-satunya murid Tahun 1 sekolah ini
 
Acara menandatangani buku kehadiran buat kali terakhir
Bergambar kenangan
Bersama penari-penari yang berbakat

4 comments:

  1. Kalau muridnya hanya 26 org berapa ramai gurunya. Kelas anak kakak saja dah 36 org....Mesti dpat tumpuan penuh macam tuisyen kan...

    ReplyDelete
  2. Gurunya tak silap 7 @ 8 orang. Walau nampak macam mudah, cabaran tetap ada dalam konteks mereka tersendiri...

    ReplyDelete
  3. Bagi pihak warga SJKT Ladang Bute saya amat menghargai usaha Puan menempatkan gambar-gambar majis persaraan GB kami. It is a great effort. My GB was very excited to see you and your colleagues presence for her majlis. That was really fascinating. I should about this to my GB. She will be very happy. Thank you for effort.

    saravanan

    ReplyDelete
  4. Thank you Mr. Saravanan. Pn. Saro was just calling me just now. Kami pun gembira dapat meraikan persaraan beliau...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...