Thursday, October 13, 2011

KATMO 2011

Lama tak bersiaran, saya baru saja balik dari mesyuarat Sekolah Band 2 selama 3 hari di Shah Alam (nanti saya coretkan mengenainya). Sebagai arkib sekolah ditambah hobi, saya ingin menghebahkan satu lagi kejayaan SKKW buat warganya serta "peminat-peminat" blog saya ni...
   Pada 7 - 8 Oktober 2011 yang lalu, MSS Selangor telah mengadakan Kejohanan Tunas Mini Olimpik (KATMO) di Sabak Bernam. Peserta-peserta bawah 10 tahun seluruh negeri Selangor telah berkumpul di sana termasuk beberapa orang murid SKKW yang mewakili daerah Sepang.
   Sungguh membanggakan kami, seorang lagi adik-beradik Malisha telah mengharumkan nama SKKW. Beliau ialah Malisha Nur Sabrina bt. Mustafa Kamal (murid Tahun 4 Ikhlas) yang telah mendapat Johan dalam larian 100 meter dan lompat jauh. Tahniah buat Sabrina dan keluarga...
Malisha Nur Sabrina dengan 2 medal emasnya
   Dalam pertandingan bola jaring KATMO peringkat daerah, pasukan SKKW telah mendapat tempat ke-4. Adik Nur Sarah Zulaika telah terpilih mewakili daerah ke pertandingan peringkat negeri. Syabas! 
Pasukan bolajaring dengan sijil penyertaannya
  Satu lagi kejayaan sekolah dalam KATMO ialah pasukan ragbi SKKW yang telah menjadi Naib Johan peringkat daerah. Tiga orang murid SKKW telah membantu pasukan daerah untuk merangkul Johan peringkat negeri. Tahniah buat Huzaifi Syaamil, Muhamad Hanafie dan Muhd Zairul Amri. Lebih manis lagi, Huzaifi telah terpilih untuk menjadi pemain pelapis COBRA. Tahniah buat semua murid dan jurulatih!
Pasukan ragbi selaku Naib Johan KATMO daerah
3 orang murid terpilih mewakili daerah
Huzaifi - pemain pelapis Cobra
Tahniah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...