Friday, October 21, 2011

Tempat Ke-3 Anugerah PIBG

Sebagaimana dalam post saya yang lalu, SKKW telah mewakili daerah Sepang ke Pertandingan Anugerah PIBG Kebangsaan peringkat Negeri Selangor. Semalam semasa Program Bersama KPM di Shah Alam, Ustaz Ghani PPD Sepang telah mengucapkan tahniah kepada saya. Rupa-rupanya SKKW telah mendapat Tempat Ketiga dalam pertandingan tersebut. Syukur kepada Yang Maha Esa atas kurniaMU ini.
   Bagi pihak sekolah, saya dan guru-guru mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada PIBG SKKW atas kejayaan ini. Sesungguhnya pengiktirafan ini adalah manifestasi peranan cemerlang yang telah dimainkan oleh PIBG dalam membantu sekolah serta kerjasama mantap antara guru dan ibu bapa SKKW. Syabas buat YDP sesi penilaian; Dr. Mohd. Rushdan dan barisan AJKnya serta YDP sekarang; Dr. Norizhar serta AJK tahun ini. 
   Buat AJK PIBG Guru terutamanya Setiausaha Kehormat - Pn. Nor Anikah, Penolong Setiausaha Kehormat - Ustazah Asiah, Bendahari Kehormat lama dan baru - Pn. Norafiza Rais dan Cik Nor Faezah Talib, kalianlah tunjang kekuatan pengurusan PIBG yang menjadi wacana penilaian tempoh hari. Tak lupa semua GPK yang sentiasa berada bersama saya, semua AJK PIBG Guru yang komited hadir dan memberi pandangan setiap kali mesyuarat AJK PIBG dan program-programnya serta seluruh warga sekolah yang sentiasa menyokong saya ketika susah dan senang.
   Entah kenapa tiba-tiba saya teringatkan pengalaman saya bersama PIBG SKKW beberapa tahun yang lalu..... Kenangan sukar dipadamkan dan sejarah tak mustahil boleh berulang. Namun kejayaan perlu dinikmati dengan penuh kesyukuran. Sesungguhnya pengalaman mendewasakan kita dalam mencorakkan pandangan tentang erti kehidupan.
   Congratulations PIBG SK Kota Warisan. Tempat ke-3 daripada 10 daerah seluruh Negeri Selangor, hebat tu!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...