Thursday, January 19, 2012

AGM Kelab Guru & Kakitangan

Tengah hari tadi telah diadakan Mesyuarat Agung Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) SKKW. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat ini telah berjalan dengan penuh semangat setiakawan dan harmoni. Tahun ini tidak ada pemilihan cuma pelantikan 2 orang AJK baharu menggantikan AJK yang telah bertukar. Mereka adalah :
1.  Pn. Rizzawati (Bendahari) menggantikan Pn. Tatra
2.  Ust. Zulkiflee (AJK) menggantikan Ustazah Taty Salwani
   Setakat hari ini, ahli KGK SKKW berjumlah seramai 99 orang. Meskipun bilik mesyuarat jelas sangat padat dengan kehadiran hampir 90%, namun suasana ceria sepanjang AGM tidak menjejaskan agenda. Pn. Roszila telah mempengerusikan majlis dengan baik hasil kerjasama semua guru dan kakitangan. Beliau telah membentangkan pelbagai program yang telah dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini.
   Tahniah kepada semua Exco KGK yang telah menjalankan tugas sukarela ini dengan penuh dedikasi dan beramanah. Syabas jua diucapkan kepada semua ahli kerana telah memberi komitmen dalam semua aktiviti yang telah diatur. Alhamdulillah tahun lepas semua ahli telah menjelaskan yuran yang telah memudahkan pihak pengurusan KGK menjalankan program. Sesungguhnya selain mengumpul dana untuk merangka berbagai-bagai aktiviti, KGK akan meneruskan legasi menjaga kebajikan serta merapatkan tali silaturrahim sesama ahli.
   Semoga AJK KGK akan dapat meneruskan kecemerlangan pada tahun ini demi kesejahteraan dan kegemilangan kerjaya kita. Terima kasih tidak terhingga. Budi baik kalian hanya Allah jua yang akan membalasnya. 
Bilik mesyuarat yang padat
Ucapan Pengerusi KGK - Pn. Roszila
Ucapan Penasihat

6 comments:

  1. salam puan GB bila dah awal awal tahun ni memang banyak mesyuaratnya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kasihibu. Jangan tak tau, mesyuarat bukan banyak awal tahun aje, malah sepanjang tahun banyak mesyuarat hehe..

      Delete
  2. kelab guru dan kaki tangan ni..duduk dibawah unit mana aidah? pentadbiran. kurikulum? hem ? atau koko

    ReplyDelete
  3. dah lama tak join mesyuarat bersama kakitangan kerajaan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam IM. Mesyuarat KGK ni santai aje - sebab unit dalaman sekolah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...