Saturday, June 22, 2013

Makan Malam Amal MGB PU

Setelah seronok bersukan pada sebelah siang, pada malamnya saya hadir memeriahkan Majlis Makan Malam Amal Majlis Guru Besar (MGB) Petaling Utama. Majlis yang gilang-gmilang ini diadakan di Dewan SJK(C) Yuk Chai, Petaling Jaya. Terima kasih buat MGB PU atas jemputan istimewa ini. Tahniah buat Pengerusinya; Pn. Latifah binti Latif serta seluruh AJKnya atas kejayaan penganjuran pogram tersebut. 
   Dalam banyak acara yang kesemuanya menarik, paling nostalgik lagi mengujakan ialah persembahan apa yang dikatakan "k-Pop" yang dipersembahkan oleh Guru-Guru Besar daerah Petaling Utama yang telah bersara - Persatuan Orang Pencen!
Ucapan Pengerusi MGB PU- Pn. Latifah
 Seronok jumpa sahabat-sahabat lama Petaling
Ucapan perasmian wakil Pengarah JPS - Ketua Sektor Tn. Hj. Mahmudi
Gimik pelancaran
Persembahan k-Pop yang sporting

1 comment:

  1. membaca catatan blog ini selalu mengingatkan IM pada adik yang bekerja di KEMAS, Ipoh.

    aktivitinya berkisar di kalangan warga KEMAS dan penuh ciri-ciri kemajlisan ( berpakaian kemas, dekorasi majlis yang tertib dan cantik serta sikit-sikit persembahan hiburan ).

    aktiviti IM adalah sebaliknya ( kemping dalam hutan, musafir hatta mesyuarat pun ala kadar sahaja.)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...