Saturday, April 5, 2014

Doa buat bonda

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibuku.  Aku pohonkan rahmatMu dan keampunanMu untuknya.
Ya Allah, Engkau anugerahkan lah kepada dia kesihatan yang berpanjangan kerana dia telah membesarkan aku dengan susah payah.
Ya Allah, naungilah dia dengan kasih sayang Mu kerana dia telah menyusukan aku dengan penuh kasih sayang.
Ya Allah, anugerahkan ganjaranMu di atas kesabarannya yang telah membesarkan aku.
Ya Allah, Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisiMu di atas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakitkan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatanku.
Ya Allah, anugerahkan kepadanya semulia-mulia tempat di sisiMu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan di atas setiap pengorbanannya dariku.
Ya Allah, kurniakan kepadanya iman yang sempurna, kesihatan tubuh badan yang berterusan, mendapat Ilmu yang bermanafaat, dimurahkan rezeki yang halal.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia bersedih melainkan Engkau hiburkannya dengan kurnia dan nikmatMu.
Ya Allah, janganlah Engkau biarkan dia kesunyian melainkan Engkau temani dia dengan hidayah dan petunjukMu.
Doa dari anak cucu : semoga emak cepat sembuh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...